Siapa sangka, busana berinspirasikan ‘7 puteri purba Ulek Mayang’ yang digayakan oleh Lishalliny ketika pusingan awal Miss Grand International 2021 berjaya meraih anugerah ‘Best National Costume‘ semalam. Bukan itu sahaja, Lishalliny juga berjaya menempatkan diri dalam pusingan Top 20 pertandingan ratu cantik tersebut. Tahniah!
Artikel berkaitan: Miss Grand International Malaysia Bawa 7 Puteri ‘Ulek Mayang’ Naik Pentas Malam Ini!
Berita gembira buat negara
Pada 30 November yang lalu, Lishalliny memuat naik foto busana ‘national costume’ yang akan digayakan olehnya pada pusingan awal pertandingan Miss Grand International 2021. Sebaik sahaja foto tersebut dimuat naik di media sosial, rata-rata netizen mula meluahkan rasa kagum dan berharap pelajar jurusan arkitek ini berjaya meraih anugerah ‘Best National Costume’ untuk pertandingan Miss Grand International kali ini. Selain daripada rakyat Malaysia, masyarakat dari negara luar turut memberi pujian buat Aldrin Grame kerana berjaya menghasilkan satu busana yang cukup luar biasa.
Bercerita mengenai pentas akhir pertandingan Miss Grand International 2021 pula, Matthew Deane selaku pengacara pertandingan tersebut mengumumkan Lishalliny sebagai pemenang bagi kategori ‘Best National Costume‘. Bukan itu sahaja, gadis kelahiran Selangor ini turut mara ke pusingan Top 20 dan diberi peluang untuk memperagakan pakaian renang sekali lagi. Namun, rezeki Lishalliny terhenti di situ sahaja apabila namanya tidak disebut untuk Top 10.
Tahniah queen!
Menerusi tinjauan pihak OhBulan! rata-rata penyokong mengucapkan tahniah buat Lishalliny di atas kejayaannya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, netizen berharap kejayaan yang diraih ini mampu menjadi pembakar semangat buat wakil negara yang seterusnya. Tambah netizen, Malaysia mempunyai pasukan dan wakil yang kuat. Oleh itu, usaha dan kerjasama di antara semua pihak sangat memainkan peranan sekiranya negara mahukan tittle Miss Grand International tersebut.
Terdahulu, wakil negara iaitu Jasebel Robert berjaya meraih anugerah Miss Grand International Popular 2020. Kejayaan tersebut berjaya melayakkan beliau ke pusingan Top 10 sekaligus, menjadi peserta pertama dari Malaysia yang berjaya sampai ke tahap itu.
Sumber: Lishalliny