berita

Lebih 1 Juta Ahli, Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia Perkenal Produk Bumiputera

September 3rd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, isu perkauman semakin parah apabila persatuan Tionghua dan Tamil membantah memperkenalkan tulisan jawi di sekolah. Hal ini menyebabkan segelintir pihak menggesa rakyat Malaysia agar memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera.

Isu ini mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggesa orang ramai supaya menghentikan tindakan ini kerana ianya hanya menimbulkan kemarahan kaum lain.

Tubuh group di Facebook

Di facebook, satu persatuan telah ditubuhkan bagi menyokong produk muslim. Sehingga ke hari ini, group yang diberi nama Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia itu sudah mempunyai lebih 1 juta ahli. Persatuan itu membincangkan strategi pemasaran bagi membantu produk muslim.

Tambahan, ahli di dalam persatuan itu turut digalakkan untuk berkongsi sebarang produk muslim yang mungkin ramai tidak tahu. Ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi muslim dengan memperkenalkan produk yang jarang mendapat pemasaran iklan di Malaysia.

Bukan memboikot, tapi perkenal produk muslim

Di kenyataan lain, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa agar pihak Umno dan PAS mengecam kempen memboikot perniagaan bukan bumiputera. Menurutnya, orang ramai haruslah mengambil iktibar dari pesanan wira badminton negara Lee Chong Wei agar tidak membiarkan isu-isu kecil memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, kempen ini haruslah diteruskan bagi membantu ekonomi muslim di Malaysia. Dalam erti lain, pengguna muslim haruslah menggunakan produk bumiputera bagi menjaga ekonomi bersama.

Siapa nak beli nanti?

Antara isu yang dibincangkan ahli persatuan adalah membeli produk bumiputera adalah hak sendiri. Pelbagai respon diterima selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa orang ramai menghentikan kempen ini.

Kuasa membeli hak sendiri

Bukan boikot tapi lebih mengutamakan produk melayu

Sumber : Persatuan Ekonomi Malaysia

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×