Semalam, pelakon, Remy Ishak melaporkan bahawa ibunya, Basrah Md Deris sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.
Artikel berkaitan: ‘Emak Saya Sedang Kritikal Di Hospital’ – Remy Ishak
Terbaru, Remy memuat naik sebuah posting di Instagram mengenai keadaan ibunya pada waktu ini.
Pembedahan jantung
Menurut Remy, ibunya sedang bertarung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembedahan jantung. Setelah 10 hingga 12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada dan Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya syurga dan neraka Allah. Namun apa yang saya dan adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.
Sebagai anak, Remy percaya kepada ketentuan Allah. Namun, Remy berharap ibunya akan kembali sembuh seperti biasa. Remy turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan supaya mereka adik beradik dapat bersama dengan ibu tercinta lagi selepas ini.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Remy Ishak