Pelakon Fadlan Hazim, baru-baru ini berkongsi mengenai perjalanannya meninggalkan tabiat merokok.

Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Bau Busuk Tapi Racun! Ini Kesan Buruk Terhadap Perokok Pasif

Artikel Berkaitan: Que Haidar Bangga Dengan Kemajuan Henti Rokok – ‘Dulu Sekotak Sehari, Sekarang Seminggu’

Fadlan Hazim berhenti merokok

Menerusi hantaran di Threads, Fadlan mendedahkan bahawa dia merupakan seorang bekas perokok tegar selama lebih 10 tahun sebelum nekad untuk berhenti sepenuhnya.

Sebagai bekas perokok tegar lebih 10 tahun, hidup aku 1000% lebih bahagia lepas aku berhenti 5 tahun lepas. 

Sementara itu, Fadlan mengakui keputusan tersebut dibuat bukanlah disebabkan faktor kesihatan semata-mata. 

Sebaliknya kerana keinginannya untuk memulakan fasa hidup baharu dengan meninggalkan tabiat buruk yang menghalang kemajuan diri.

Aku berhenti bukan sebab kesihatan pun dulu, aku berhenti sebab aku nak mulakan hidup baru tanpa bad habits yang selalu perlahankan hidup aku dan merokok salah satunya.

Walaupun pada awalnya berdepan kesukaran, siapa sangka usaha itu membuahkan hasil apabila pelakon filem Sangkar ini telah sepenuhnya berhenti merokok selama lima tahun.

Netizen komen

Sumber: Threads Fadlan Hazim