berita

Lebih 14k Perkongsian, Ini Resepi Mudah ‘Mochi’ Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah

April 6th, 2020 | by Arini Saleh
MyResipi

Kuih tradisi masyarakat Cina, lo mai chi, sememangnya popular dalam kalangan penggemar kuih muih. Kuih yang bersifat kenyal dan berintikan kacang tanah dengan gula ini pasti disukai semua peringkat umur.

Bagi anda yang tidak tahu apa nak buat untuk menu minum petang, apa kata cuba resepi ringkas ini. Sedap sangat macam mochi!

Bahan-bahan

“Mochi” kaum Cina (Saya tak tau nama, saya tau aunty Cina di tamu niah saja ada jual ni)

Saya tak tau resepi asal, saya makan, saya rasa dan saya agak-agak sendiri apa mereka pakai dan macam mana mereka buat. Saya sangat suka makan ni, jadi saya buat la untuk breakfast tadi.

Bahan-bahan:
1. Tepung pulut setengah peket (dapat dalam 15 biji)
2. Kacang tanah yang sudah digoreng + gula (ditumbuk atau diblend)

Cara-cara

Cara-cara:
*Uli tepung pulut dengan air, saya tambah secubit garam. (Sukatan air, tambah sikit-sikit sampai jadi doh yang tak lekat di tangan)
*Bentukkan bulat-bulat, leperkan, simpan inti dalam dan bentukkan lagi.
*Panaskan air untuk ‘rebus’ (sama kaedah dengan buat ondeh kelapa/buah melaka)
*Masukkan “mochi” yang sudah berinti dan rebus sampai dia terapung, masaklah maksudnya tu. Kalau buat tebal, biar lama sikit. Dalam 3-5 minit.
*Tunggu sejuk sikit, baru gelek-gelek lagi dengan tepung pulut tadi, buat nipis saja supaya tak lekat.
*Siap untuk dimakan

Hasilnya

Selamat hari minggu semua~

**Sorry, saya tak pakai sukatan. Saya main agak-agak saja. Saya ada edit sikit supaya senang faham.

**Kawan Chinese ada inform tadi nama kuih ni Lo Mai Chi.

Sumber : Elsie Liza Lah

The following two tabs change content below.