berita

Lebih 200 Jenis Transaksi Boleh Diselesaikan Di Bawah Satu Bumbung. Semua Pun Boleh Di Pos Malaysia!

August 1st, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Setiap bulan, nak selesaikan bil lah masa paling leceh! Bukan apa, kalau free pun tengah-tengah malam, masalah dengan bayar bil tengah malam ni pula, kadang-kadang website tengah diperbetulkan! Nak pergi kaunter pula, hari kerja mana sempat kan? Lagi-lagi bila banyak bil yang nak dibayar, mana sempat nak pergi 5 pejabat dalam satu hari guys.

Solusinya? Pergi ke Pejabat Pos je guys! Ada lebih 600 pejabat pos dekat Malaysia ni dan yang paling best, korang boleh bayar segala bil korang dekat situ je.

Pos Malaysia tawar kemudahan pembayaran pelbagai bil setempat untuk lebih 200 jenis transaksi!

Paling best, sebab bil ni bukan nya boleh dibayar dekat Pos Malaysia  yang besar-besar je tau, dekat cawangan Pos Laju, Pos Mini dan ejen-ejen berdaftar yang menyediakan perkhidmatan terpilih pun boleh!

Antara transaksi yang boleh korang buat di Pos Malaysia adalah:

  • Penghantaran bungkusan domestik dan antarabangsa
  • Bil dan utiliti (Bil elektrik, Bil air, Gas, Cukai Tanah & Taksiran)
  • Insurans dan takaful
  • Produk Islamik (Bayar zakat, derma wakaf untuk saham akhirat)
  • Kewangan (Pelaburan, perbankan,  kiriman wang domestik & antarabangsa, pinjaman pendidikan, wasiat & harta pusaka)
  • Perkhidmatan dan servis lain

Korang mesti tak tahu kan yang ada cawangan Pos Malaysia yang kini dibuka pada hujung minggu juga?

Terdapat juga pejabat pos yang beroperasi di dalam kompleks membeli-belah. Bila pergi shopping pun tak ada hal nak bayar bil atau hantar bungkusan. Singgah saja ke Pos Malaysia untuk selesaikan segala urusan. Memudahkan pelanggan membuat urusan pos sambil membeli belah!

Manakala, terdapat juga 125 cawangan Pos Malaysia yang dibuka 7 hari seminggu dan sehingga jam 8 malam (di Semenanjung) dan 7 malam (di Sabah/Sarawak) untuk memudahkan pelanggan yang sibuk dengan tanggungjawab harian untuk membuat urusan selepas waktu kerja atau pada hujung minggu.

Semuanya semudah video muzik Shaheizy Sam x Pos Malaysia ni!

Sambil-sambil tu, korang boleh join peraduan Lindung & Menang ni! Boleh menang Proton X70, Proton Iriz dan Motosikal Modenas!

Menerusi peraduan Lindung & Menang ni, pelanggan yang memperbaharui atau membeli insurans/takaful kenderaan bersama Perlindungan Kemalangan Diri melalui Pos Malaysia secara automatik berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

Antara yang boleh dimenangi ialah Proton X70, Proton Iriz dan Motosikal Modenas Kriss 110 DB atau Wang Pos bernilai RM100. Mudah je nak join kan? Beli insurans atau takaful kenderaan bersama Perlindungan Kemalangan Diri terus automatik ada peluang menang hadiah-hadiah best!

Peraduan ni berlangsung sehingga 30 September 2022.

So guys? Lepas ni tak payah pening-pening dah macam mana nak selesaikan bil korang tu. Pergi Pos Malaysia je, terus settle masalah korang tu!

Maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

SKIP THIS AD ×