Kepada korang yang nak lepak ‘santai-santai’ dan tak nak makanan yang berat-berat, apa kata cuba singgah ke Whysocerealss yang menyediakan pelbagai jenis cereals yang best-best dari seluruh negara. Cafe ini diinspirasikan dari sebuah cafe yang sangat famous di London iaitu ‘Cereal Killer’.
Nampak menyelerakan dan best! Harga bermula dari RM7, korang boleh gabungkan cereals dengan 3 perasa susu, aiskrim, buah-buahan, coklat dan biskut.
Menu ‘awesome’ yang lain dari yang lain
Antara bijirin yang diimport yang menjadi pilihan adalah Trix, Banana Nut Cheerios, Fruity Pebbles, Krave dan Reese Puff & Nutri Grain dari Australia.
Gabungan cereals dengan 3 perasa susu
Gabungan aiskrim, buah-buahan, coklat dan biskut. Sedapnyaaa!
Alamat: Kafe Grind Root (Dominson), PV128, Setapak & cawangan Juice Republik, Bertam Perdana, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (6 petang – 12 malam)
Facebook/Instagram: @whysocerealss
No Phone: 019-5228960
sumber: whysocerealss