berita

Lebih 60 Program Syawal Menarik Di TV3, TV9 & ntv7 Yang Korang Wajib Tonton Raya Ini

June 8th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bila tiba sambutan Syawal, sudah pastinya kita akan ternanti-nanti program-program menarik di tv kan? Bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah meneruskan kempen Terima Kasih buat tahun kedua sebagai platform bagi penonton mengekspresikan terima kasih dalam bentuk perbuatan. Kempen ini berlangsung secara menyeluruh menerusi perlantikan duta-duta dalam kalangan selebriti popular, siaran program-program TV yang menarik dan acara padang yang cukup meriah istimewa untuk penonton.

Istimewa sepanjang bulan Syawal, MPTN tidak melepaskan peluang menceriakan suasana atau mood raya melalui pelbagai program menarik terutamanya sepanjang minggu raya pertama dan kedua. Seperti menjadi tradisi ketika Aidilfitri menonton televisyen bersama keluarga, penonton setia pastinya tertanya-tanya apakah program menarik yang bakal ditayangkan di TV3, TV9 dan ntv7.

Antaranya, telefilem-telefilem hebat khas sempena Aidilfitri, drama rantaian, variasi filem-filem pecah panggung dalam dan luar negara, program bual bicara dan majalah, serta program Raudhah. Berikut adalah variasi program menarik untuk tontonan anda sepanjang Syawal kali ini.

Program Syawal Menarik di TV3, TV9 & ntv7

Tidak meriah Syawal tanpa program-program menarik menemani anda. Buat tahun 2018, telemovie hebat yang bakal disiarkan di TV3 sempena Aidilfitri adalah Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Istana Firdaus, Senarai Raya Papa, Bahulu Untuk Opah, Baju Raya Eksklusif, Di Penghujung Sujud, Wan Peah Balik Beraya, Din Sardin Beraya, Mak Cun Pi Amerika Lagi, Pendosa Ingin Ke Syurga, Mentari, Selirat dan Taubatku.

Telefilem esklusif di TV3 ini pastinya membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Azrel Ismail, Janna Nick, Zul Ariffin, Shukri Yahaya, Remy Ishak, Scha Al Yahya, Izzue Islam, Erma Fatima, Azizah Mahzan, Sherry Al- Hadad, Ayda Jebat, Umie Aida, Emma Maembong, Kazar Saisi, Raysha Rizrose, Dato’ Rosyam Nor dan ramai lagi.

Bagi peminat drama rantaian di TV3, nantikan drama-drama menarik di slot Dahlia, Cik Sempurna, slot Akasia, Jangan Benci Cintaku dan drama hangat kegilaan rakyat Malaysia, Andainya Takdir 2.

Tidak dilupakan filem-filem hebat seantero dunia dan filem tempatan yang tidak pernah bosan ditonton berulang kali, apatah lagi bersama keluarga dan sanak-saudara. TV3 menampilkan filem-filem blockbuster seperti J Revolusi, Mael Lambong, Mission Impossible ll, Jangan Pandang-Pandang, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Boboiboy The Movie, Senjakala, Captain Amerika: The First Avenger, Niyang Rapik, The Avengers, Real Steel, Jurassic Park III, Abang Long Fadil, Kuch Kuch Hota Hai, dan Mission Impossible lll.

Program Hiburan Juga Menemani Anda!

Selain itu, program hiburan turut menemani anda sepanjang minggu pertama raya. Selebriti dan penyanyi seperti Khai Bahar , Elly Mazlein, Jamal Abdillah, Hael Husaini, Hazama, Dayang Nurfaizah Shuib, Siti Sarah, Erra Fazira dan ramai lagi membuat penampilan dalam program- program hiburan khas seperti Maid Raya, Melodi Raya, Bintang Bersama Bintang Raya, Sherry Show Special, Muzik Muzik Raya dan Konsert Emoji.

Tidak dilupakan adalah program Raudhah yang membawakan program istimewa, Jejak Rasul Ulul Azmi dan program Gaya Hidup, Istimewa Majalah 3, 1,2, Bakar Raya, Borak Kopitiam Raya Special, dan Misi K secara eksklusif di TV3.

Sementara itu di TV9, para penonton setia boleh menonton program Raudhah seperti Tanyalah Ustaz Raya, Singgah Tanyalah Ustaz dan Tanya Apa Saja. Tidak sempurna raya tanpa barisan filem hebat yang boleh ditonton segenap peringkat umur. TV9 juga tidak mahu melepaskan peluang menarik penonton ke kaca TV. Antara filem antarabangsa yang bakal disiarkan adalah Despicable Me 2, Fast & Furious 6, Oblivion dan Jai Ho.

Saluran hip dan segar, ntv7 juga ingin membawa penonton mengamati segenap perasaan dalam telemovie aidilfitri yang bakal ditayangkan bermula hari raya pertama sehingga raya keenam. Antaranya adalah Wish List Raya, Syawal Mencari Cinta, One Last Raya Bersama dan Cruise Cinta Lebaran.

Bagi anda yang meminati filem sains fiksyen dan aksi, boleh menonton filem Tron: Legacy, Guardians Of The Galaxy, Captain America: The Winter Soldier, G-Force, I Am Number Four, Die Hard, Die Hard II di samping filem tempatan seperti Istanbul Aku Datang, Upin & Ipin – Geng: Pengembaraan Bermula dan By My Side.

Program bual bicara Feel Good Show Raya bakal menemui anda pada pagi raya pertama dan kedua bersama hos-hos popular seperti Nana Al Haleq, Erwin Dawson, Keanu Azman, Sugeeta, Aaron Al- Fateh, Megan Tan, Razif Hashim, Thevanesh dan Miasara Ahmad.

ntv7 juga membariskan tujuh program hiburan yang terbaik untuk anda sepanjang minggu pertama raya bagi anda yang berjiwa muda. Tujuh program tersebut adalah It’s Alif! Raya, Socialit, Drop the Beat Special, Family Showdown Raya, Pop! Express, Pop! TV, dan Pop! Rumble.

ACARA PADANG : Bazar Terima Kasih & Jom Masjid, Anggun Life

Berbeza dengan tahun lalu, tahun ini Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid telah digabungkan dan diadakan pada hari yang sama. Di Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid, duta Terima Kasih, Amar Baharin, Aqeef Anaqi, Izzue Islam, Farah Nabilah, Erwin Dawson, Azira Shafinaz, Remy Ishak dan Puteri Aishah dan selebriti – selebriti popular berganding bahu menjayakan pelbagai aktiviti untuk rumah kebajikan terpilih. Sebelum mula operasi di bazar, mereka berkunjung ke rumah kebajikan terpilih bagi tujuan aktiviti amal dan beramah mesra dengan penghuni di situ. Kutipan jualan bazar disumbangkan terus ke rumah kebajikan terpilih di negeri yang dikunjungi.

Tarikh dan lokasi Bazar Terima Kasih yang pertama ialah di tempat letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 26 Mei 2018 bermula jam 3.00 petang sehingga 8.00 malam. Manakala lokasi seterusnya di Dataran Klebang, Melaka pada 2 Jun 2018 di bermula 3.00 petang sehingga 8.00 malam.

Jom Masjid mengetengahkan amalan moreh yang diadakan selepas solat terawih pada bulan puasa. Selain daripada berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, orang ramai boleh menyertai aktiviti ilmiah seperti rakaman program Al-Kulliyyah, solat Isya, berterawih dan sesi tazkirah program Raudhah Mawaddah.

Seiring dengan Bazar Terima Kasih, Jom Masjid juga berlangsung pada 26 Mei 2018 bersamaan 11 Ramadan 1439H di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Manakala lokasi kedua diadakan pada 2 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadan 1439H, bertempat di Masjid Al-Aminin, Kampung Batang Tiga Timur Bukit Rambai, Klebang, Melaka. Jom Masjid diadakan sebanyak dua sesi dengan sesi pertama bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan 5.00 petang sehingga
10.00 malam.

Kolaborasi Bersama Faizal Tahir

Anggun Life, platform membeli-belah pelbagai jenama pakaian akan turut diadakan pada 8 & 9 Jun di Persada Johor International Convention Centre. Anggun Life menghimpunkan vendor-vendor fesyen terkenal seluruh negara di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan untuk Hari Raya.

Kolaborasi dengan Faizal Tahir, filem Pulang dan Pavilion Kuala Lumpur. Jika tahun lalu, Rangkaian Televisyen Media Prima berganding bahu bersama Faizal Tahir dan Aizat Amdan dalam penghasilan lagu kempen Terima Kasih 2017, kini Rangkaian Televisyen Media Prima berkolaborasi dengan Faizal Tahir untuk menghasilkan sebuah dokumentari muzik menerusi lagu ciptaan beliau (Starfeather) yang turut diangkat sebagai lagu tema kempen Terima Kasih tahun ini.

Tahun ini juga menyaksikan kolaborasi kedua antara Rangkaian Televisyen Media Prima dan Pavilion Kuala Lumpur. Elemen-elemen kempen Terima Kasih menghiasi segenap ruang legar Pavilion Kuala Lumpur. Selain itu, Pavilion Kuala Lumpur juga ingin menunaikan impian 1000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Bagi memeriahkan lagi kempen, beberapa aktiviti juga akan diadakan di Pavilion Kuala Lumpur seperti sesi ramah mesra drama mini ‘Pelangi Cinta’ dan filem ‘Pulang’ serta siaran langsung program bual bicara di ruang legar.

Filem Pulang

Pulang, filem terbitan Primeworks Studios yang bakal mencari tumpuan orang ramai semasa tayangan pada bulan Julai telah membuat penampilan awal dalam kempen Terima Kasih. Duta Terima Kasih, Remy Ishak dan Puteri Aishah merupakan tonggak utama dalam karya hasil garapan pengarah Kabir Bhatia. Berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010, karya milik Mira Mustaffa ini adalah berdasarkan inspirasi seorang kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkalan di Melaka.

Aplikasi mudah alih: Raudhah

Pada tahun ini, aplikasi mudah alih Raudhah masih mengekalkan fungsi #TerimaKasih bagi membolehkan pengguna menyampaikan kesyukuran dan penghargaan mereka atas rezeki yang diterima. Setiap mesej atau kisah yang dikongsi dan dipaparkan, RM1 akan disumbangkan ke Tabung Bersamamu. Selain itu, anda juga dapat akses kepada video esklusif daripada program popular Raudhah seperti Jejak Rasul, Al-Kuliyyah dan Tanyalah Ustaz serta waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, senarai masjid berhampiran dan restoran halal berdekatan anda.

Tonton

Portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton, tidak melepaskan peluang meraikan Ramadan dan Syawal ini bersama para pelanggan menerusi pelancaran kempen Ramadan Raya #rayaMacamVIP yang sedang berlangsung bermula 15 Mei sehingga 30 Jun 2018.

CJ Wow Shop

Sempena Ramadan dan Syawal, CJ Wow Shop yang disiarkan di TV9 ini menggandakan rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi. Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksi-koleksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasuklah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya.

Kejayaan Bazar Terima Kasih & Jom Masjid

Pihak MPTN juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung acara padang, Bazar Terima Kasih & Jom Masjid, yang sanggup meredah cuaca terik dan hujan demi memberi sokongan atas apa yang dilakukan sepanjang satu hari di dua lokasi iaitu Sungai Petani, Kedah dan Melaka. Sumbangan pembelian juadah berbuka telah disalurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih bagi meringankan beban mereka.

Tidak dilupakan program yang mengimarahkan masjid iaitu Jom Masjid, bersama-sama menyediakan juadah bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada komuniti setempat serta rakaman program islamik dan sesi tazkirah yang juga disiarkan secara atas talian di laman Facebook. Penat lelah anda dalam memberi sokongan tanpa prejudis dan amatlah dihargai dan jangan lupa ekspresikan terima kasih kita antara satu sama lain agar terjalin erat hubungan silaturahim sesama insan sepanjang Syawal yang riang ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×