Seorang wanita yang dikenali sebagai Mun berkongsi kisah mengenai dugaan yang terpaksa ditanggung oleh kakak iparnya sebaik sahaja abangnya dikatakan menghilangkan diri sejak lebih dari tujuh bulan yang lalu.
Lebih menyedihkan, kakak iparnya yang sedang sarat mengandung itu terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
Lagi dua bulan nak bersalin
Menurut Mun, dia sangat sedih apabila kakak iparnya itu hampir menyerah dengan ujian yang terpaksa ditanggung. Namun, demi menampung kos bersalin kelak dan kos perbelanjaan enam orang anak-anaknya yang lain, wanita itu terpaksa mengerah kudrat empat keratnya mengumpul wang secara sendirian.
Ujarnya lagi, kakak iparnya terpaksa berniaga jagung dan nasi lemak secara kecil-kecilan. Bahkan, dia menjual jualannya dengan harga yang sangat rendah dan berbaloi untuk para pelanggan.
Apa jadi dekat suami dia?
Rata-rata pengguna Twitter bertanya mengenai suami kepada wanita tersebut. Menurut Mun, sudah lebih dari tujuh bulan abangnya dipercayai telah menghilangkan diri dan meninggalkan anak-anak serta isterinya yang sedang hamil sendirian. Jelasnya lagi, hanya kakak iparnya sahaja yang mungkin tahu mengenai hal tersebut. Simpati akan nasib wanita tersebut, rata-rata netizen meluahkan hasrat ingin membeli dan membantu perniagaan wanita tersebut.
Sumber: Mun