berita

Lebih 8K Perkongsian, Resepi Telur Masin Tanpa Putih Telur Buat Ramai Berdekah, Lawak Weh!

March 9th, 2020 | by Shafika
MyResipi

Menerusi kelab Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang lelaki berkongsi cara buat telur masin tanpa telur putih. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang disertakan sekali bersama cara-cara pembuatan telur masin itu. Aduh kelakar. Macam putus cinta dah kalau baca!

Bersihkan telur macam kau bersihkan aku dalam hidup

Bersihkan telur ayam pencen, macam kau bersihkan aku dari hidup kau. Sarang dia tu jangan buang, nanti senyap senyap taruk laa dalam megi, macam kau senyap senyap taruk hati kat orang lain.

Aku suka telur masin tapi tak suka bahagian putih. Dah laa mahal harga kat kedai makan. Tak puas tau nak makan, yelaaa nak makan dengan nasi lagi, ratah lagi, belum masuk kategori khas letak dalam mulut pastu hisap sampai cair. Mana nak cukup sebiji.

Okay kita buat sendiri. Tapi kita buat telur kuning masin jee, say no to telur putih. Sape telur putih? Aku tak nak dia. Sape telur putih? Aku tak undi dia. Step by step ada kat caption setiap gambar. Khas untuk bekas makwe yang dulu nak sangat belajar buat telur kuning masin. Tapi dulu taknak ajar sebab nak kau hargai air tangan aku. Hahaha.

Tutup je dengan apa apa macam kau tutup pintu hati kau

Letak garam. Jgan pulak letak kenangan kita sebab nanti tak jadi telur masin, jadi telur pahit. Ratakan garam tu. Gaul manja manja jee, jgan kasar sangat, takut hancur macam hati aku. Lepas tu peram 3 jam. Tutup je dengan apa apa macam kau tutup pintu hati kau untuk aku.

Lepas 3 jam dia akan jadi macam ni. Garam tu dah jadi larut macam air. Yelaaa, setiap benda boleh berubahkan, macam diri kau, sekelip mata jee berubah.

Biar telur tu kering, macam perasaan kau

Rebus laa dua tiga biji untuk test kemasinan dah okay ke belum. Kalau tak masin tambah garam dan peram lagi. Kalau terlebih masin tak tau laa nak perbetulkan camne. Mungkin takleh perbetulkan dah, macam hubungan kita.

Kalau dah okay, basuh bersih dan toskan. Biar telur tu kering, macam perasaan kau. Letak dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais. Jangan simpan kat luar, takut cepat rosak sebab bakteria. Macam hubungan kita yang rosak sebab orang ketiga.

Ramai terhibur

Sumber : Hafiz Danial