Kain pengelap sangatlah diperlukan bagi setiap rumah terutamanya di bahagian dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.
Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Jom try petua mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.
Bahan-bahan diperlukan
- 1/2 cawan soda bikarbonat
- 1 cawan cuka
- 1 mangkuk air panas
- Kain pengelap
Cara-cara
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
2. Kemudian masukkan cuka. Kacau sehingga rata.
3. Seterusnya, masukkan kain pengelap ke dalam cuka tersebut. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu. Biarkan kain direndam samalaman.
4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap korang akan lebih bersih dan tidak berbau busuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Rasa