berita

‘Lebih Daripada Bercium..’ – Ada Adegan Bogel, Keputusan Nadia Brian Tolak Tawaran Drama Hollywood Terima Pujian

January 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dinafikan, setiap pelakon pasti mengimpikan untuk meluaskan sayap dan bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan: ‘Ya, Dia Sudah Failkan Perceraian..’ – Nadia Brian

Artikel Berkaitan: Akui Dah Tawar Hati, Nadia Brian Minta Suami Cepat-Cepat Lafaz Cerai

Tetapi lain pula nasibnya dengan pelakon terkenal, Nadia Brian yang terpaksa menolak tawaran berlakon dalam satu drama bersiri 12 episod Hollywood.

Nadia tolak tawaran Hollywood

Memetik laporan The Star, pada awalnya, pelakon cantik jelita ini mengakui gembira dengan tawaran lakonan tersebut. Tetapi selepas meneliti skrip drama bersiri terbabit, dia berasa agak kecewa kerana mengetahui watak itu memerlukan dirinya berbogel dalam beberapa adegan panas. Oleh itu, Nadia membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Ia lebih daripada adegan bercium. Mungkin adegan berbogel di Hollywood bukan satu masalah besar tetapi saya tidak mampu melakukannya.

Saya mungkin berpakaian seksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian di set untuk melakukan adegan panas untuk satu platform ‘streaming’ di Hollywood.

‘Impian seorang pelakon’

Terbaru, Nadia Brian menerusi akaun Instagram ada meluahkan impiannya untuk ke pentas Hollywood tetapi dia percaya rezekinya belum tiba dan pasti ada rezeki yang lebih baik menantinya kelak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai para peminat memuji keputusan yang dilakukan oleh Nadia. Malah mereka turut memuji sikap tenang dan sabar Nadia. Selain itu, tidak kurang juga ada yang berdoa supaya pelakon ini akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

‘Ini ujian..’

 

Sumber: The Star, Nadia Brian

SKIP THIS AD ×