Bila sebut Pos Malaysia, confirm ramai terus teringat penghantaran barang dan surat je kan? Tapi korang tahu tak, syarikat yang dah lama wujud lebih 200 tahun ni kini dah berwajah baharu dengan imej lebih fresh, moden, dan mesra rakyat.
Haa.. kalau korang ingat Pos Malaysia ni boring, baca artikel ni sampai habis! Banyak benda menarik yang korang mungkin tak tahu sebelum ni.
1. Pos Shop – Kedai serbaneka dalam pejabat pos
Dulu, pejabat pos sinonim dengan kaunter panjang dan orang tunggu giliran. Tapi sekarang sememangnya dah berbeza!
Percaya tak, sekarang, di beberapa pejabat pos terpilih dah ada kedai serbaneka? Namanya adalah Pos Shop. Korang boleh beli makanan ringan, minuman, kopi, dan even ais krim terus di bawah satu bumbung pejabat pos sahaja.
Tempatnya juga mesra pelanggan dengan suasana moden, sesuai untuk singgah selepas buat urusan pos anda!
Nak jimat masa? Settle semua benda kat Pos Malaysia je!
2. Go Green – Komitmen Pos Malaysia terhadap kelestarian alam
Korang mahukan alam yang lebih lestari? Haa.. sebabnya Pos Malaysia dalam misi untuk menjadikan alam lebih hijau!
Antara langkah mereka:
- Menggunakan kenderaan penghantaran elektrik. Kini antara fleet kenderaan penghantaran elektrik terbesar di Malaysia!
- Memasang panel solar pada bangunan untuk mengoptimumkan penjimatan penggunaan elektrik
- Penggunaan bahan pembungkusan yang mesra alam
Best kan? Pos Malaysia tunjuk contoh yang baik untuk Malaysia jadi lebih lestari.
3. Pos Malaysia untuk semua golongan
Sama ada korang seorang pelajar, golongan profesional mahupun keluarga, korang pastinya boleh manfaatkan perkhidmatan Pos Malaysia.
Lagi best untuk bisnes kecil, Pos Malaysia sedia tawarkan penyelesaian logistik lengkap dari perkhidmatan pergudangan, pick and pack dan terus ke depan pintu pelanggan korang. Serius mudah!
4. Penyambung hubungan dalam negara dan juga antara benua
Tahu tak korang Pos Malaysia sudah mempunyai lebih 1,000 touchpoints di seluruh Malaysia, termasuk pejabat pos, Pos Mini dan ejen di seluruh Malaysia.
Dalam erti kata lain, abang-abang posmen sedia hantar parcel dan surat korang ke lebih 11 juta alamat di seluruh negara.
Kawasan bandar, pekan, atau kampung, semuanya boleh diakses oleh Pos Malaysia. Memang reliable!
Buat korang yang mahu menghantar surat atau hadiah ke luar negara, Pos Malaysia sedia sampaikannya dengan cara yang bermakna.
Jadi, buat korang yang mahu membuat penghantaran sama ada penghantaran dalam atau luar Malaysia, Pos Malaysia sedia membantu!
5. Pos Malaysia: Ekspres, cepat dan diyakini ramai
Kalau korang jenis last minute, Pos Laju oleh Pos Malaysia ada servis ekspres. Barang boleh sampai pada hari berikutnya!
Oh ya, korang yang nak renew insurans atau road tax, boleh terus buat kat pejabat pos. Pilihan panel insurans pun banyak.
Pos Malaysia sedia membantu anda menerusi Pos Malaysia menerusi pilihan 12 panel insurans yang tersedia.
Bukan itu je, dari e-dagang hingga penghantaran surat biasa, semuanya dibuat dengan penuh dedikasi. Memang lain macam effort diorang!
Dalam erti kata lain, mereka sekadar syarikat pos, tapi simbol kebanggaan Malaysia!
6. Miliki setem penuh bersejarah dan ikonik daripada Pos Malaysia!
Siapa pernah ada hobi kumpul setem masa kecil-kecil dulu? Tahu tak, Pos Malaysia masih kekal mengeluarkan setem baharu setiap bulan.
Mereka juga turut mengeluarkan setem edisi terhad seperti sambutan Hari Malaysia 2024, Palestin Merdeka, Tarian Tradisional dan banyak lagi!
Korang boleh ketahui lebih lanjut koleksi edisi terhad dengan klik di SINI.
Jadi nantikan sekiranya ada keluaran-keluaran setem menarik untuk korang!
Nak buat setem gambar sendiri pun boleh dengan Setem Ku. Singgah je ke pejabat pos terpilih untuk buat.
7. Pos Malaysia World – Portal interaktif yang fun dan wajib korang cuba!
Untuk korang yang suka explore online, Pos Malaysia World memang wajib cuba. Portal ni ada macam-macam benda menarik.
Sebut sahaja daripada mendapatkan baucar Pos Shop, pembelian flexipack, setem, semuanya ditawarkan di bawah satu portal. Serius mudah!
Menarik bukan? Ayuh layari Pos Malaysia World dengan klik di SINI untuk ketahui lebih lanjut.
Sebelum itu ayuh, tonton video animasi tentang perjalanan Pos Malaysia ke arah lebih moden.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh singgah ke pejabat Pos Malaysia terdekat dan explore portal baru mereka.
Dari servis moden hingga ke komitmen untuk kelestarian, Pos Malaysia memang dah level up untuk mudah urusan harian korang. Tak percaya? Jom cuba sendiri!