berita

Lebih Meriah, Lebih Gempak.. Jom Ramai-Ramai Ke Karnival Jom Heboh Weekend Ini!

July 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Bila tiba sahaja hujung minggu mesti ramai yang tak tahu nak lepak mana kan? Lepak tempat sama pun kadang-kadang bosan juga. So apa kata korang ajak kawan-kawan dan ahli keluarga chill di Karnival Jom Heboh yang bakal menggegarkan KL Sports City, Bukit Jalil pada 28 & 29 Julai ini.

Apa yang best karnival kali ini? Selain dapat beramah mesra dengan artis dan selebriti kegemaran, korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Confirm meriah punya!

Drama sangat…

Selalu dapat tengok di kaca televisyen sahaja kan? Apa kata kali ini korang datang beramai-ramai serbu booth Drama Sangat dan beramah mesra dengan selebriti kacak jelita kegemaran masing-masing.

Antara selebriti yang hadir adalah Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Daler Yusof, Zahirah Macwilson dan ramai lagi! Dengarnya pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan iaitu permainan Kotak Misteri, Chef Pelik, Make Over dan macam-macam lagi lah. Bagi pemenang aktiviti pentas Drama Sangat ini korang berpeluang untuk minum petang bersama artis.

Selain itu, tutorial memasak bersama Chef Fikree dan artis Drama Sangat pun ada tau. Nak dapatkan perkhidmatan potong rambut dan solekan dengan harga berpatutan pun boleh, yang penting bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung Bersamamu.

Peluang menang RM1k, Hai O pun ada!

Paling best di Gelanggang Kita Juara korang boleh sahut cabaran dan sertai Street Soccer 3 lawan 3. Bukan balik dengan tangan kosong sahaja tau, korang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,000. Jadi cepat-cepat daftar pasukan korang di www.kitajuara.my/gelanggangkj sebelum 28 Julai 2018.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh sertai pertandingan Juara Timbang. Setakat ini rekod Juara Timbang Kita Juara adalah sebanyak 36000 timbangan. Manalah tahu ada yang boleh pecahkan rekod itu kan?

Bagi peminat bola sepak tempatan, korang juga berpeluang berjumpa dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai O. Siap ada pameran Trofi Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun yang dimenangi skuad kebangsaan baru-baru ini di Jakarta Indonesia.

Jangan lupa singgah di Raudhah

Antara lain terdapat juga booth berkonsepkan islamik sesuai untuk seisi keluarga. Di Raudhah, pengunjung boleh beraktiviti sambil berkongsi ilmu dihostkan oleh Dai Tajdid Hadhari dan Dai Saiful.

Tetamu lain yang turut sama hadir adalah Dai Niezal, Dai Azrin, Dai Fahmi dan undangan khas Datuk Ustaz Kazim Elias serta Taleeb Mizad. Untuk sesi bersama Ustaz Kazim Elias, beliau akan memberi Ceramah Khas bertajuk ‘Pendosa Ingin Ke Syurga’. Ha bolehlah korang bertanyakan pelbagai soalan nanti.

Selain itu, terdapat juga penampilan khas selebriti TV3 antaranya Uyaina Arshad, Ahmad Fedtri Yahya, Fiza Sabjahan, Ally Iskandar dan ramai lagi di booth-booth sekitar Jom Heboh.

Bawa anak? Booth Bananana Land kan ada..

Bagi korang yang ada anak kecil pula, jangan risau! Di karnival ini juga terdapat booth Bananana Land yang menampilkan Harris Alif, Shah Sulaiman, Aliff Yasraf dan Erynne Erynna yang pasti menarik minat anak korang. Yang penting, terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti DIY cookies, origami, pocket games, mewarna, memasak, melukis dan banyak lagi. Seronok kan?

Konsert Hot Kool Jam

Yang paling best mestilah Konsert Hot Kool Jam yang menampilkan ramai penyanyi hebat iaitu Kugiran Masdo, Ruffedge, Floor 88, Ameng, Misha Omar dan ramai lagi.

Bagi yang tak sempat datang korang boleh layari live stream di Youtube Hot TV dan Kool TV pada hari Sabtu bermula jam 9 malam. Pada hari Ahad pula, korang boleh ke Youtube TV3Malaysia. Tak sabar nak tengok!

Apa lagi JOM!

Save the date okay! Jangan lupa ramai-ramai datang ke Karnival Jom Heboh pada 28 & 29 Julai ini, di KL Sports City Bukit Jalil. Kemeriahan berterusan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×