Baru-baru ini kecoh di media sosial perbalahan antara artis dan netizen apabila isu ‘Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin’ bantuan rakyat dipertikaikan oleh segelintir artis. Tidak tahan dikecam ramai, beberapa artis tampil memohon maaf atas keterlajuan mereka dalam mengeluarkan kenyataan.
Namun, lain pula bagi pengacara, Nabil Ahmad apabila dikritik kali kedua selepas membuat permohonan maaf yang dikatakan seolah-olah tidak ikhlas dan memerli netizen. Ini respon Nabil sendiri.
Nabil mohon maaf
Menerusi posting Nabil Ahmad pada Ahad lalu, dia memuat naik video permohonan maaf atas kenyataannya mengenai isu bantuan Prihatin bagi golongan B40 dan M40 oleh kerajaan. Walaupun membuat permohonan maaf, tindakan Nabil berkongsi satu babak filem Allahyarham P.Ramlee menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Ada yang mendakwa Nabil tidak ikhlas
Korang tegur pun tak ikhlas
Salam semua, saya selalu cakap my fans are my friends… alhamdulillah friends akan gunakan kata-kata dengan cara yang betol untuk menegur. Saya paham ramai yang cakap saya tak ikhlas bila mintak maaf tapi korang pon bila menegur nampak tak ikhlas nyer. Lebih nak menjatuh kan dari membetol kan so kite ni same guys.
Kita tak suka disakiti tapi kita menyakiti, saya post video anak saya baca doa tapi korang gunakan kata-kata kesat kat komen!! Kemon laa guys we are better than that!! Saya nak jadi kan ini post yang last pasal isu artis dengan netizen ni!!
Kita move on
Saya masih Ahmad Nabil yang despatch dulu. Masih same guys masih susah masih mencari rezeki untuk keluarga masih menanggung mak dan ayah same macam korang jugak. Kita move on and same doa covid ni berakhir yeaaa. Betol tak kemana kerjaya artis tanpa sokongan peminat.
Itu reality tapi masing-masing jaga hak masing-masing yeaaa. Terima kasih kepada yg menegur cara islam dan kepada owner-owner fake acc yang di buat just untukk bakar line #silameninggal ..take care guys
Sumber : Nabilzira