berita

Lee Min Ho & Yeonwoo Dah 5 Bulan Bercinta? Agensi Nafi, Sekadar Kawan Biasa

September 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Korea, Lee Min Ho? Nama Lee Min Ho menjadi panas selepas portal eksklusif Korea, Dispatch mendakwa aktor kacak itu bercinta dengan bekas anggota kumpulan K-Pop, Momoland iaitu Yeonwoo.

Hanya kawan biasa

Enggan berlanjutan, agensi pengurusan Lee Min Ho iaitu MYM entertainment tampil menafi kedua-dua selebriti ini mempunyai hubungan istimewa dan menyatakan mereka hanya berkawan biasa.

Lee Min Ho dan Yeonwoo hanyalah kenalan biasa dan mereka tidak bercinta.

Keluar beramai

Menjawab isu foto-foto di tempat letak kenderaan, MYM entertaiment menyatakan mereka bukan hanya keluar berdua.

Mereka tidak menonton filem bersama secara berdua-dua sahaja, sebaliknya ada rakan-rakan yang lain juga. Gambar itu menunjukkan seperti itu (tetapi ia tidak benar).

Sebelum ini, Dispatch melaporkan bahawa kedua-dua bintang itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan dan berkongsi minat yang sama.

 

Sumber: Soompi, Allkpop

SKIP THIS AD ×