Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia memohon maaf kerana tidak dapat mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang pemain Perancis, Alex Lanier dalam kejohanan Badminton Terbuka Daihatsu Jepun 2024.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Catwalk’ Sambil Bawa Pingat Olimpik, Penampilan Lee Zii Jia Raih Perhatian Netizen – ‘Terlebih Handsome Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Pingat Gangsa Ini Tak Mungkin Jadi Realiti Kalau Tidak Kerana Cinta Saya Pada Malaysia’ – Lee Zii Jia
Sudah berusaha
Lee Zii Jia yang tewas kepada Alex dalam perlawanan pada Selasa berkata, fizikalnya masih berasa lemah disebabkan baru sahaja pulang dari kejohanan sukan Olimpik Paris 2024.
Bagaimanapun, perkara itu bukan menjadi alasan untuknya tidak menyertai sebarang kejohanan dalam masa terdekat.
Saya berasa lemah secara fizikal untuk beberapa hari ini sejak pulang dari Sukan Olimpik, tetapi ponteng kejohanan tidak ada dalam rancangan selagi ia tidak akan membahayakan saya.
Saya mencuba yang terbaik dan berjuang sepanjang perlawanan itu. Tetapi badan saya tidak membenarkan saya melakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya.
Lee Zii Jia berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, pememang pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 ini berharap dia dapat bangkit semula pada kejohanan akan datang.
Mengharapkan rehat dan pemulihan yang baik untuk kejohanan akan datang.
Terdahulu, Lee Zii Jia tewas kepada Alex dengan mata 18-21, 13-21 dalam tempoh 41 minit perlawanan.
Sumber: Instagram