Di Trenggalek, Indonesia, seorang nelayan maut disambar petir ketika sedang membersihkan perahunya. Lagi menyedihkan, apabila mayatnya hanyut selepas insiden tersebut.
Maut disambar petir
Foto: Tribun News
Memetik laporan Tribun News, mangsa yang dikenali sebagai Lutfi Oktavantoro, 42 tahun, merupakan seorang nelayan. Ketika kejadian, mangsa sedang membersihkan perahunya, sebelum dia disambar petir. Sejurus disambar petir, mayatnya telah hanyut dibawa Sungai Cengkrong.
Menurut saksi, mangsa ketika itu sedang mencuci perahunya pada pukul 5 petang (waktu tempatan). Namun keadaan ketika itu, hujan lebat ditambah arus sungai yang deras.
Lazimnya, Lutfi akan pulang ke rumah sebelum tujuh malam, isterinya yang risau akan suaminya yang tidak pulang mengambil keputusan untuk mencari mangsa di perahunya bersama jiran tetangga.
Operasi pencarian dilakukan
Gambar sekadar hiasan
Proses pencarian mangsa bermula pada pukul 10 malam, setelah pihak berkuasa menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian hanyut itu. Tambahan pula, proses pencarian ketika itu agar sukar disebabkan faktor hujan lebat dan arus sungai yang deras. Setelah beberapa jam proses pencarian dilakukan, mayat mangsa telah berjaya dijumpai pada pukul empat pagi.
Mangsa ketika itu dijumpai dalam keadaan yang sudah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dijumpai kira-kira 40 meter dari lokasi kejadian.
Kini, mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital bagi urusan bedah siasat.
Sumber: Tribun News