berita

‘Lekakan Dia Dengan TV, Tak Teman Pun Dia Main’ – Ibu Sedar Anak Autisme Selepas..

April 4th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Puan Syahirah Omar kongsi perjalanan sepanjang membesarkan anak sulung, Lana yang disahkan Autisme seawal dua tahun. Meskipun pada awalnya perit untuk dia terima kenyataan tersebut, dia tetap berusaha memberikan rawatan terbaik sehinggalah anak mula bercakap pada usia 7 tahun.

Perjalanan besarkan Lana

Sempena bulan kesedaran Autism ni, aku nak cerita balik la perjalanan hidup membesarkan Lana. Aku akui, bila aku tengok semula gambar-gambar ni, memang bukan satu perjalanan yang mudah, tapi tak sesusah ibu ayah yang lebih besar ujian mereka. Ujian aku, Allah tahu setakat ni saja.

Cerita ni memang panjang, tapi boleh baca untuk ambil iktibar supaya tak ulangi kesilapan yang sama.

16 April 2008

Lana lahir secara Emergency C-section sebab lama sangat aku bertarung menahan sakit. Memang dia agak lemah waktu keluar. Bila tengok Lana, Subhanallah putihnya budak ni. Rasa macam bukan anak aku. Berkali-kali aku tanya betul ke ni anak aku. Agak kekok pada usia 23 tahun nak kucup dia. Aku memang kurang naluri keibuan pada waktu tu. Bukan tak sayang, tak tahu nak buat apa sebenarnya.

Untuk anak pertama, aku akui, aku tak ada ilmu parenting. Anak aku memang baik sangat. Dia tidur sendiri, aku tak pernah tidurkan dia sebab nangis ke apa. Dia golek2 sendiri..sejak baby, sampai dia besar, dia akan tidur sendiri. Tak ada bonding ibu dan anak waktu sebelum tidur. Aku? Buat kerja aku. Tah apa yg aku sibuk pun tak pasti.

Ralat sangat rasa sebab aku memang sejenis ibu yg escapism pada waktu itu.

Lekakan dia dengan TV

Lekakan dia dengan TV, tak temankan dia pun bermain. Bagi aku, dia tak nangis, ok sangat dah. Sekali sekala aku dukung dan main dengan dia. Jarang dia gelak pada aku bila aku agah dia. Sesekali, dia senyum.

1st word Lana, Daddy. Pada usia setahun dia boleh sebut beberapa perkataan.. Tapi bukan petah, tapi memang dia boleh bercakap sikit-sikit. Tapi dia macam budak lain, makan, tidur,main, nak susu.

Kemudian, umur lana 1 tahun 10 bulan, aku lahirkan Luqman. Waktu ni aku nak sangat dia ada kawan bermain. Aku sendiri cuba bermain tapi dia macam dah tak berminat dengan aku. Jadi, bila ada adik, aku harap di nak bermain dan happy.

Masa dia umur 2 years, aku mula perasan dia makin lain. Mula menyendiri. Dia mula duduk bawah katil, belakang sofa. Baru aku sedar dia sebenarnya tak bermain mainan dia dengan cara yang betul. Dia main dengan hanya menyusun, memegang kemana-mana dia berjalan. Waktu ni aku dah mula macam panik.

Pada usia lana 2 years, adik lana 3 months, kami berhijrah ke luar negara. Aku bertambah panik sebab anak aku dah mula tak boleh tolerate dengan bunyi bising, tak boleh nak dibawa ke mall, dah mula baring di mall, dah mula tak respon lansung pada aku. Salah seorang kawan facebook suggest untuk aku jumpa child psychiatrist. Sebab suspect yang anak aku Autism.

Menangis sepuasnya bila dapat tahu anak autism

Apa tu? Lansung aku tak pernah dengar

Lepas tu kami balik Malaysia, buat diagnosis. Psychiatrist beritahu aku, anak aku memang lengkap semua ciri Autism. Aku terdiam lama.

Keluar ke tandas, nangis dalam tandas puas-puas.

Kemudian masuk semula ke dalam bilik.

“Ok Dr.. Apa yang patut saya buat sekarang? ”

Dr suggest aku buat therapy di hospital yang sama.

“Aku cakap, kalau saya buat 3 bulan therapy, anak saya boleh jadi Normal ke?”

Katanya tak ada jawapan kalau 3 bulan ni boleh atau tidak. Dia tak ada jawapan. Katanya bila makin besar, jadi normal tu tak mungkin. Tapi seakan normal mungkin.

Memang aku All out sangat. Berhabis duit tenaga. 3 bulan yang aku rasa macam nak mati sangat. Struggle gila kehulu kehilir. Sampai ke Gedangsa berulang 4 kali seminggu untuk buat therapy dengan kak Raw. Di hospital 3 kali seminggu.

Ujian Allah untuk aku yang tak bersyukur

Lana? Memang dia redha je.

Selepas 3 bulan, aku balik semula ke Luar negara.

Mula mencari tempat yang sesuai dengan Lana.Lana? Sama je macam dulu. Boleh la buat puzzle sikit-sikit. Aku? Kecewa gila baq hang. Biasalah, high expectation kan?

Aku usaha mcm nak gila tapi itu je perkembangan dia.

Ada ABA program tapi 30k sebulan. Kami tak mampu. Aku cari di Facebook speech and occupational therapist. Aku jumpa 2 orang dari Sri Langka yang buat freelance therapy.

Mr Fazil Vallamparambil dan Meharu Nisha. 2 orang insan ni memang aku banyak sangat belajar dari dieorang.

Sejak dieorang mula buat therapy kat rumah, aku mula mencari ilmu. Mana tak nya, sebulan 6k dah tentu habis untuk beberapa jam seminggu.

Aku cari ilmu sebab nak jimat kos. NIAT pun dah tak betul kan?

Tapi dalam mencari ilmu tu la aku dapat jawapan. Dalam belajar dan proses aku ajar anak tu la aku dapat semua jawapan.

Ujian Allah bagi tu bukan pada dia.tapi untuk diri aku sendiri. Sebab aku sejenis yang tak bersyukur pun pada apa yang Allah beri. Aku tak pernah tak dapat apa yang aku nak. Semua aku nak mesti dapat.

Jadi Allah beri aku satu ujian melalui anak.

Aku menangis teruk sampai tak terurus

Aku lupa nak meminta pada Allah setiap kali aku susah. Aku cari manusia untuk bantu aku. Solat aku hanyalah sekadar solat sebab wajib 5 waktu. Doa aku sekadar nakkan anak bercakap.

Allah beri ujian tu sebab Allah nak kita berubah untuk jadi hamba yang lebih dekat dengan Allah.

Setiap kali aku frust dengan Lana sebab tak ada perubahan, aku nangis teruk sampai tak terurus diri aku. Tak mandi tak makan. Rumah tunggang langgang. Mana boleh kau tahan tengok anak kau cederakan diri dia, hantuk kepala dia, gigit diri dia. Dengan aku sekali dia cederakan.

Tapi aku lupa, Allah ada.

Sampai aku betul2 nampak kenapa Allah beri anak ni pada aku baru banyak sangat perubahan pada lana. Pada usia dia 5 tahun aku mula ajar dia solat.walaupun tak bercakap tapi aku nak dia dekat dengan Allah sebab Allah saja yang boleh bantu kami.

Bila aku diuji, aku lupa yang tanggungjawab aku bukan pada lana saja tapi luqman juga. Anak aku memang ada masalah low self esteem. Luqman pernah mengadu pada cikgu tadika dia rasa aku selalu lebihkan lana. Rasa kena tampar kat muka bila anak mula rasa begitu.

Lana mula bercakap pada usia 7 tahun

Lana mula bercakap pada usia 7 tahun, setelah aku homeschoolkan dia dan readykan dia untuk mula belajar macam budak lain, dari tak mampu duduk 3 saat sampai boleh duduk 1 jam, dari tak focus, sampai dah boleh siapkan task aku bagi, Alhamdulillah, aku rasa dia dah ready.

Dan ujian aku bukan habis kat situ. Di sekolah, ujian macam di sekolah. Bukan semua orang terima. Walaupun aku rasa lana dah ready tapi dia struggle juga di sekolah biasa. Ada masa dibuli. Ada je budak baling basketball kat kepala dia. Nak mengadu tak reti. Luqman la balik cerita selepas 2 minggu kejadian.

Sekolah? Pun tak ada panggil aku. Anak aku nangis tanpa aku tahu kenapa. Dan pastinya aku tak boleh salahkan siapa-siapa. Sebab ini la cabaran yang anak aku kena lalui dalam hidup. Manusia kat dunia ni tak semua yang jahat. Tapi ramai manusia yang tak ada empathy pada orang lain. Jadi untuk survive, Lana kena lalui kegagalan sendiri.tak selamanya aku boleh jaga Lana.

Aku happy sangat Allah beri aku anak begini

Dan berkali-kali tukar sekolah. Alhamdulillah, makin besar, makin matang, makin tahu bawa diri, anak aku dah mula boleh ikut peraturan sekolah. Lana dah boleh terima rutin harian di sekolah. Belajar sama seperti orang lain, menghafal Al quran sama seperti anak yang lain. Terlalu banyak perubahan pada Lana.

Dalam perjalanan ni, Allah akan temukan dengan pelbagai situasi dan manusia. Ada yang buat kau kecewa, ada yang buat kau gembira. Tapi, segala apa yang Allah aturkan tu, Allah nak kau ingat betul-betul dalam diri kau yang Allah tak pernah tinggalkan kau, cuma kau yang kadang kala goyah dan lupakan Dia. Sesekali tergelincir nak marah dan salahkan orang lain. Sesekali rasa orang lain buat kau kecewa. Bila muhasabah diri dan renung semula, tak ada satu pun yang sia -sia apa yang Allah tulis buat kita .

Kalau kau tanya aku sedih ada anak begini?

Jawapan aku, aku happy sangat Allah beri aku anak begini. Kalau dia tak ada aku mesti dah jadi perempuan mereput tak sedar diri lagi kekwat yang lama LUPAKAN Tuhan.

Sumber : Syahirah Omar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×