berita

Lelaki Amuk Diintai, Kena Mengorat Dengan ‘Lelaki Lembut’ Dalam Tandas

July 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki berang selepas mendapat tahu bahawa dirinya sedang diintai oleh seorang lelaki lain ketika sedang menggunakan tandas di sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR).

‘Kau nak kena pijak ke?’

Dalam satu video yang tular di media sosial, difahamkan lelaki tersebut ingin membersihkan diri di dalam tandas, namun dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu dari luar beberapa kali.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sejurus pintu dibuka, seorang lelaki lain memakai pelitup muka dan berambut panjang berada di depan pintu tandas yang terkejut mendapati dirinya sedang dirakam.

Turut kedengaran di dalam video tersebut, lelaki yang diintai itu bengang dan menegur perbuatan itu.

Kau nak apa, kau nak kena pijak ke?

Kau itu lelaki, kau buat tadi kau tak malu? Kau ingat aku lelaki apa?

Dalam pada itu, si pelaku dilihat cuba mengelak dari dirinya dirakam dan kedengaran perkataan meminta maaf berulang kali.

Sumber: Facebook TV Komuniti Johor

SKIP THIS AD ×