berita

Lelaki Balas Dendam Bunuh Ibu Bapa Pelaku Rogol Anak, Rupanya Ada ‘Sebab’ Lain

May 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Adriyanto telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa membunuh jirannya menggunakan besi sepanjang 100 sentimeter.

Pukul kepala menggunakan batang besi

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kompas TV,memaklumkan bahawa suspek yang berusia 60 tahun itu dipercayai nekad untuk membunuh Sukawati dan Sukimin selepas dia mandapat tahu bahawa anak perempuannya telah dirogol oleh anak pasangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Metro Bekasi, Senior Asisten Komisioner Pol Wijonarko memberitahu, sebaik sahaja menerima berita mengejutkan itu, dalam keadaan yang berang suspek bergegas pergi ke rumah jirannya untuk membunuh. Tetapi ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut tiada di rumah dan hanya pasangan suami isteri itu sahaja yang berada di rumah berkenaan. Mereka berdua yang sedang tidur langsung tidak menyedari kewujudan suspek.

Sudah lama simpan dendam

Menurut sumber, sebelum membunuh, suspek telah bertindak mematikan suis elektrik di rumah terbabit. Suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa berulang-ulang kali dengan menggunakan batang besi sepanjang 100 sentimer yang dibawanya itu. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan Sukawati telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Sukimin yang sempat dikejarkan ke hospital disahkan meninggal pada keesokan harinya iaitu pada 11 Mei 2020.

Suspek yang telah ditahan itu akhirnya mengakui bahawa dia sudah lama menyimpan dendam terhadap keluarga jirannya lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu bahawa isterinya juga sering diganggu oleh Sukimin. Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai isu ini dan suspek bakal dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau penjara seumur hidup kerana telah melanggar Artikel 340 Kanun Jenayah.

Sumber: Kompas TV, Tribunnews

SKIP THIS AD ×