berita

Lelaki Bawa Keluarga Pecah Kereta Di Genting Highlands, Beri Alasan ‘Terpaksa’ Sebab Hidup Susah

December 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Bentong, Pahang seorang suami didakwa membawa isteri dan dua anak yang berusia tiga dan empat tahun ketika melakukan kegiatan jenayah pecah kereta dan premis di sekitar Genting Highlands. Difahamkan, lelaki ini memberikan alasan dia bertindak sedemikian kerana desakan hidup.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan menyewa sebuah kereta dan menyediakan perkhidmatan e-hailing serta si isteri menjadi ‘kamera’ ketika jenayah tersebut dilakukan. 

Mengaku terlibat

Foto: Kosmo

Lapor Kosmo, taktik dah helah digunakan suspek akhirnya berjaya dihidu oleh pihak polis dan dia telah ditahan di sebuah stesen minyak di Klang Selangor Sabtu lalu manakala, isterinya telah ditahan semalam.

Ujar Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat barang yang dilaporkan hilang dan suspek telah pun mengaku terlibat dalam dua kejadian curi dalam bangunan dan tiga kejadian pecah kenderaan.

Antara barang dirampas ialah wang tunai RM1 berjumlah RM400, perkakasan audio kenderaan, lima buah telefon bimbit, tiga beg pelbagai kunci, sebuah walki talkie dan sebuah beg kulit selain beberapa peralatan seperti pemotong wayar, pisau, gerudi, ‘test pen’,lampu manakala sebuah kereta jenis Perodua Bezza disewa suspek turut disita.

Dengan tangkapan tersebut pihak Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah kedai dan pecah kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Bentong dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira RM10,000.

Telah direman

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, pihak polis turut menjumpai tiga plastik lutsinar dipercayai dadah jenis sabu dan satu plastik lutsinar yang terdapat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja. Suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan selama tujuh hari dan isterinya direman selama empat hari serta disiasat di bawah bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Suspek lelaki turut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 serta Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952. Difahamkan, kegiatan jenayah tersebut dilakukan sejak kebenaran rentas negeri yang bermula November lalu.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×