Penyiasat Polis Aceh Utara menangkap lelaki berusia 58 tahun di atas dakwaaan merogol anak tirinya selama tiga tahun. Kali terakhir perbuatan keji itu dilakukan adalah di Kecamatan Paya Bakong, Kabupaten Aceh Utara.
Tidak cukup dengan itu, suspek mengancam akan menceraikan ibunya sekiranya mangsa melaporkan hal tersebut kepada orang lain.
Dirogol dari darjah 3
Memetik laporan Kompas.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah Aceh Utara, AKP Rustam Nawawi berkata, mangsa mendedahkan dia dirogol sejak 2017 dan hasil siasatan mendapati mangsa adalah anak kepada isteri keempatnya.
Pelaku kita tangkap 1 September 2020. Korban adalah anak tiri dari istri keempat pelaku.
Namun, karena merasa sudah tidak tahan lagi karena merasa sakit, baru korban berani mengadu.
Lebih menyedihkan, perbuatan kejam itu dilakukan suspek ketika mangsa baru di darjah 3 sekolah rendah. Tambah beliau lagi, mangsa ditahan untuk membantu siasatan pada 1 September lalu selepas mangsa menceritakan kejadian kepada ibu saudaranya.
Keluarga kemudiannya melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Berikutan dakwaan itu juga, mangsa telah melakukan pemeriksaan kesihatan di Puskesmas Paya Bakong Aceh Utara.
Pelaku membantah keterangan korban. Pelaku hanya mengaku pemerkosaan itu itu dilakukan sejak Mei sampai Agustus 2020.
Suspek walau bagaimanapun menafikan dakwaan mangsa dirogol sejak 2017. Dia mengakui melakukan jenayah rogol tersebut dari Mei sehingga Ogos tahun ini.
Jika sabit kesalahan, mangsa boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 150 bulan.
Sumber : Kompas.com