Seorang lelaki berusia 59 tahun di Indonesia mencuri perhatian apabila berkahwin dengan wanita berusia 30 tahun lebih muda daripadanya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Perhabis Lebih RM15k Untuk Majlis Kahwin, Rupanya Bakal Isteri Seorang Lelaki Berusia 53 Tahun
Lebih berusia daripada mentua
Menerusi perkongsian dibuat @aji_kua di TikTok, lelaki tersebut dilihat duduk bersama isteri di hadapan bapa mentuanya ketika majlis pernikahan mereka.
Alhamdulillah, kami selamat menempuh kehidupan yang baharu,
Kalau Allah berkehendak, maka jadilah ia.
Lebih mengejutkan ialah, usia lelaki tersebut juga difahamkan lebih tua empat tahun daripada bapa mentuanya yang dikenali sebagai Sumira.
Saya berusia 55 tahun manakala menantu saya pula berusia 59 tahun.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 665,000 tontonan, lebih 7,000 tanda suka dan telah meraih pelbagai respon daripada netizen.
Sumber: TikTok , Tribune News