
Seorang individu yang dipercayai pengamal perubatan Islam berkongsi tentang pesakit wanita yang didakwa telah disihir oleh rakan sekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Tetap Kuat Semangat Berdepan Gangguan Sihir – ‘Kalau Tak Diuji, Mungkin Saya Akan Terlena Dengan Dunia’
Disihir rakan sekerja
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendedahkan pesakit wanita berkenaan adalah kes yang paling lama dirawat olehnya iaitu memakan masa selama 40 hari.
Menurut individu itu, wanita tersebut diberi minyak pengasih semasa menjamah kuih yang diberi oleh rakan sekerjanya.
Perempuan muda kena sihir dari kawan sepejabat. Minyak pengasih campur tanah kubur.
Dia makan dalam kuih yang kawan tu bagi.
Individu berkenaan turut berkongsi tentang simptom-simptom yang dialami oleh wanita tersebut semasa disihir.
Simptom dia, setiap malam mimpi orang yang sama, tidur berjalan, hilang duit dalam dompet.
Tambah individu itu, ketika menjalankan sesi rawatan dia turut menemui rambut dan pada sesi yang keenam wanita tersebut akhirnya sembuh dari sihir.
Aku buat enam sesi, sesi ketiga dia muntah rambut.
Sesi keenam baru bersih total. SubhanAllah.
Sumber: Threads




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)


