berita

Lelaki Perhabis Lebih RM15k Untuk Majlis Kahwin, Rupanya Bakal Isteri Seorang Lelaki Berusia 53 Tahun

September 23rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Ditipu Lelaki Menyamar Jadi Wanita

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat perlombongan di Indonesia kecewa selepas hasratnya untuk berkahwin dengan seorang anak dara tidak kesampaian apabila ditipu individu terbabit.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Umur 76 Tahun Ditipu Bakal Isteri Sebanyak RM37,066

Habis lebih RM15k

Gambar sekadar hiasan

Foto: Tribune News

Memetik laporan Tribune News, keterujaannya itu terbantut apabila mendapati bakal ‘isteri’nya itu merupakan seorang lelaki yang berusia 53 tahun.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga telah memberikan wang bernilai 50 juta rupiah (RM15,274.74) seperti mana yang diminta suspek untuk dijadikan sebagai wang hantaran.

Difahamkan suspek melakukan penipuan tersebut dengan cara menyamar menjadi seorang wanita dan menipu kenalannya di laman Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan (Sulsel) AKP Iqbal Usman E, mereka kemudiannya menahan suspek di kediamannya selepas kegiatan suspek itu berjaya dibongkar.

Suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung dengan nama akaun Facebook wanita, untuk menipu mangsa.

Suspek turut mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin dengan mangsa yang berusia 35 tahun.

Suspek kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×