berita

Lelaki Bina 11 Bonggol Mohon Maaf, Mengaku Guna RM1080 Duit i-Sinar Semata-Mata Nak Buat Bonggol!

January 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang mencetuskan kemarahan warganet apabila seorang pemandu menceritakan pengalamannya menggunakan jalan yang terdapat 11 bonggol.  Bonggol tersebut dibina di tepi rumah seorang lelaki yang terletak di Kampung Padang Luas Jertih, Terengganu.

Tampil mohon maaf

Lapor Harian Metro, individu yang bertanggungjawab membina bonggol tersebut dikenali sebagai Nor Muhamad Roslam Harun, tampil memohon maaf atas tindakannya. Jelasnya lagi, dia turut mengakui salah berikutan membina bonggol yang jaraknya tidak sampai 40 meter. Pembinaan bonggol tersebut secara tidak langsung, menyusahkan penduduk setempat.

Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut. Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ. Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda.

Difahamkan, lelaki tersebut membina bonggol tersebut kerana tidak ‘selesa’ dengan bunyi kenderaan yang lalu di situ. Pada masa yang sama dia juga khuatir jalan tersebut sering dipandu laju.

Guna duit i-Sinar

Gambar sekadar hiasan

Tidak berakhir di situ, lelaki itu turut menceritakan dia menghabiskan RM1,080 hasil duit pengeluaran wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kos-kos membina bonggol itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×