Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki membunuh seorang wanita dan melakukan persetubuhan dengan mayat sebelum membuangnya di sawah.
Setubuhi mayat bekas kekasih
Memetik laporan Medan Tribunnews, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan berbogel dan berlumpur oleh seorang pesawah yang melalui kawasan tersebut. Susulan penemuan tersebut, saksi telah menghubungi pihak polis dan mayat tersebut telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati wanita tersebut merupakan mangsa bunuh memandangkan terdapat banyak luka pada tubuh badannya termasuk di bahagian kepala. Tidak sampai 24 jam selepas penemuan mayat tersebut, pihak polis akhirnya menahan bekas kekasih mangsa iaitu Ade Saputra yang dipercayai merupakan dalang di sebalik kematian tersebut.
Mengaku bunuh sebab cemburu
Polis turut menemui beberapa barang bukti di rumah suspek termasuk telefon bimbit milik mangsa. Semasa soal siasat, suspek mengaku nekad bertindak sedemikian kerana cemburu bekas kekasihnya itu telah bertunang dengan lelaki lain.
Suspek mengaku telah memukul mata dan memijak leher mangsa sehingga mangsa tidak bernyawa. Lebih mengejutkan apabila, suspek tergamak melakukan hubungan intim dengan mayat mangsa sebelum nekad membuang mayat tersebut di kawasan sawah.
Sumber: Medan Tribunnews