berita

Lelaki Bunuh Ibu Di Tengah Laut Untuk Bolot Harta Pusaka Keluarga

May 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: The New York Times

Di New York, Amerika Syarikat, seorang lelaki tergamak membunuh ibunya di tengah laut dalam usaha untuk membolot harta pusaka keluarganya.

Bunuh demi wang dan harta pusaka

Foto: The New York Times

Menerusi laporan The New York Times, Nathan Carman membunuh Linda Carman dan menenggelamkan bot mereka semasa perjalanan memancing di Rhode Island, di timur laut negara itu pada tahun 2016. Berikutan daripada itu, Nathan telah ditangkap dan didakwa atas lapan pertuduhan.

Selain membunuh ibu kandungnya, Nathan turut menembak dan membunuh datuknya John Chakalos di rumah mereka di Windsor, Connecticut pada tahun 2013. Pertuduhan baru tersebut menyatakan Nathan membunuh dua saudaranya sebagai sebahagian daripada skim untuk mendapatkan wang dan harta daripada harta pusaka Chakalos dan dana amanah yang berkaitan.

Pihak pendakwa raya juga menuduh Nathan cuba menipu sebuah syarikat yang menginsuranskan bot nelayannya. Ujar pihak pendakwa raya lagi, Nathan ditemukan bersendirian di dalam rakit boleh kembung selepas lapan hari pergi memancing bersama ibunya. Manakala, mayat Linda tidak pernah ditemukan. Berdasarkan kesalahan yang dilakukan, Nathan akan berdepan hukuman penjara seumur hidup mandatori jika sabit kesalahan membunuh. Tuduhan penipuan pula boleh membawanya ke hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Sumber: The New York Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×