Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 35 tahun.
Bunuh, sorok mayat dalam beg
Sekadar gambar hiasan
Suspek yang dikenali sebagai Erniadi didapati bersalah kerana membunuh teman wanitanya, Romsari Sitanggang sebelum bertindak menyembunyikan mayat reput mangsa dalam beg pakaian dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Maxwell, Pekan Rawang, Selangor di antara 6.46 pagi hingga 8 pagi 12 Oktober 2017.
Kejadian tersebut terbongkar selepas seorang individu yang menyewa sebuah bilik di premis sama terhidu bau busuk dan Ernaidi ketika itu mendakwa bau itu hanyalah berpunca daripada tikus yang mati di biliknya. Individu terbabit kemudian membuka pintu bilik Ermiadi dan melihat terdapat kesan darah di atas lantai dan sesuatu yang ditutup dengan selimut.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup di premis itu menunjukkan seorang lelaki menjerut leher seorang wanita sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa masuk ke dalam bilik. Susulan daripada itu, Ernaidi yang telah ditahan polis kemudian membuat rayuan namun ditolak.
Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 17 Oktober 2017 dan disebat sebanyak 12 kali.
Tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee hadir bagi pihak pendakwaan.
Sumber: Harian Metro