Menetap di Pulau Bali, Indonesia sudah hampir lima tahun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kenal Cindoir berjaya mencuri perhatian ramai apabila dia sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan semua wang miliknya.
Cari calon isteri
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, Ken yang merupakan pembuat kandungan digital berpangkalan di pulau peranginan itu mengaku sedang mencari jodoh.
Perhatian, nama saya Ken dan saya tinggal di Indonesia sejak lima tahun lepas. Saya kini sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan wang simpanan saya.
Video Tiktok tersebut telah menerima 377,900 tanda suka, 38,300 komen dan lebih 4 juta tontonan. Menjengah di ruangan komen, Ken turut membalas beberapa komen daripada netizen yang bertanya mengenai jumlah wang yang dimilikinya. Ujar Ken dia mempunyai wang yang ‘sangat banyak’ sambil meninggalkan emoji mengenyit mata. Susulan daripada video tersebut juga, ramai wanita telah menawarkan diri untuk menjadi isteri Ken.
Video
@kenalcindior Tolong Aku Cari Istri #balilife #bule #funny #fyp #beach #smile ? son original – kenalcindior
Sumber: Kenal Cindoir