berita

Lelaki Cedera Parah Ditetak Dua Individu Bertopeng Dalam Kedai Runcit

November 26th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang lelaki berhadapan saat cemas apabila ditetak oleh dua orang lelaki di sebuah kedai runcit. Video kejadian tersebut, telah tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Kejadian itu berlaku di Taman Fajar, Teluk Intan, Perak.

Diserang secara tiba-tiba

Menerusi video yang berdurasi 43 saat itu memaparkan dua orang lelaki memasuki kedai tersebut dan terus menyerang mangsa sebelum sempat melarikan diri dengan sebuah kenderaan. Memetik laporan Sinar Hariankejadian itu berlaku semalam, dan mangsa ketika itu telah ditetak dengan parang panjang di sebuah kedai runcit. Insiden itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, telah menyebabkan mangsa yang berusia 46 tahun mengalami kecederaan dan patah tulang di kedua-dua lengan dan paha kanan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, pihaknya terus melakukan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat akan insiden yang menimpa mangsa itu.

Baru sudah beli sabun

Menerusi rakaman pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa ketika itu sudah selesai membeli sabun pakaian di kedai berkenaan sebelum datang sebuah kereta jenis Honda City yang berhenti hampir dengannya.

Dua lelaki berpakaian gelap dan bertopeng muka telah keluar dari kereta itu dengan membawa parang panjang dan terus meluru ke arah mangsa menyebabkan mangsa cuba menyelamatkan diri dengan masuk semula ke kedai. Mangsa yang sedang lari telah jatuh terduduk di ruang tengah kedai menyebabkan dia ditetak oleh kedua-dua suspek beberapa kali sebelum mereka melarikan diri.

Kini mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan. Mangsa juga disahkan oleh doktor mengalami luka kesan tetakan senjata tajam dan mengalami patah tulang siku, kedua-dua lengan dan tulang peha kanan.

Pihak polis turut mendapati kenderaan yang digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kini, operasi memburu suspek giat dilakukan bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian &Info RoadBlock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×