berita

Lelaki Dakwa Dengar Bunyi Budak Berlari & Kerusi Diseret Dari Tingkat Atas, Tapi Bila Tanya Jiran…

January 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang berusia 57 tahun mendakwa telah menghubungi pihak polis sebanyak lapan kali sehari hanya kerana ingin melaporkan tentang bunyi bising yang dikatakan datang daripada tingkat atas rumahnya di Singapura. Dakwa lelaki ini lagi, bunyi bising yang keterlaluan itu telah mengganggu masa rehatnya di rumah.

Dakwa dengar bunyi budak berlari

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Mothership.sg, lelaki yang dikenali dengan nama Mr. Lu mendakwa bunyi bising itu mula terjadi sejak akhir tahun 2019. Meskipun Mr. Lu mendakwa sudah memberitahu jiran yang tinggal di tingkat atas rumahnya mengenai bunyi bising itu tetapi keadaan tersebut dikatakan masih sama.

Tidak ada gunanya memberitahu mereka tentang hal itu, suara tidak berhenti. Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai pilihan selain melaporkan kepada polis.

Bercerita dengan lebih lanjut, Mr. Lu mendakwa antara bunyi yang sering didengarinya adalah bunyi seakan budak berlari, kerusi diseret pada lantai serta pintu yang ditolak dengan kuat. Malah, dia dikatakan sudah menghubungi polis hampir 80 kali sepanjang tahun melaporkan mengenai isu ini.

Jiran nafi bunyi bising

Sekadar gambar hiasan

Dalam satu temubual, jiran tersebut mendakwa langsung tidak melakukan apa-apa seperti yang dikatakan Mr. Lu malah mereka juga tidak mendengar bunyi bising tersebut.

Tambahnya lagi, agak mustahil bunyi bising itu datang daripada rumah mereka sedangkan kesemua kerusi dan meja yang berada di dalam rumah tersebut telah pun dilekatkan dengan lapisan getah sejak empat tahun lalu.

Difahamkan, ada pihak mendakwa bunyi bising tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah bunyi yang bergerak melalui objek melibatkan rekaan serta binaan bangunan itu sendiri. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar isu tersebut dan bunyi bising itu masih kekal misteri hingga ke hari ini.

Sumber: Mothership.sg

SKIP THIS AD ×