Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki mengalami cacat kekal dipercayai selepas menjadi mangsa dera oleh beberapa anggota polis yang bertugas di Gresik, Jawa Timur, Indonesia.
Lelaki dalam tahanan didera polis
Sekadar gambar hiasan
Mangsa yang dikenali sebagai Aditya Rosadi dipercayai ditahan selepas dituduh terlibat dalam satu kes rompak dan pembunuhan. Aditya dikatakan telah menerima barangan hasil daripada rompakan seperti telefon bimbit. Akan tetapi, Aditya menafikan dan mendakwa tidak tahu tentang barang rompakan tersebut.
Menurut ibu bapa Aditya, anak lelaki mereka itu tidak bersalah dan mendakwa pihak polis menahan suspek yang salah. Difahamkan, sepanjang dalam tahanan, Aditya didakwa telah didera oleh beberapa anggota polis di Gresik dengan cara kemaluannya dibakar, disembur ubat nyamuk cecair dan terkena renjatan elektrik sehingga mangsa hilang upaya kekal.
Saya minta Presiden dan Ketua Polis Negara tolong anak saya, bebaskan anak saya yang masih ditahan di Polis Gresik. Kemudian hukum polis Gresik yang mendera anak saya.
Namun, pihak polis menafikan telah mendera mangsa malah hasil pemeriksaan turut mendakwa tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.
Sementara itu, hasil siasatan mendapati tindakan Aditya dikatakan memenuhi unsur-unsur yang boleh dituduh di bawah Perkara 480 Kanun Jenayah. Difahamkan, seramai lima suspek termasuk Aditya yang dikatakan terlibat dalam kes rompak dan pembunuhan.
Sumber: CNN Indonesia