Di Youtube Bros Gang TV, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sky tampil berkongsi mengenai kisah hitamnya apabila disahkan menghidap HIV.
Main dengan abang
Menurut Sky dia menghidap Hiv sejak tiga tahun lalu. Kisahnya bermula apabila abang kandung sendiri tergamak mengajaknya untuk melakukan hubungan seks selepas pulang dari sekolah. Ujar Sky, dia berusia 13 tahun pada waktu itu.
Kami tiga beradik dan saya anak bongsu. Saya tidur sebilik dengan abang nombor dua. Balik sekolah kami akan mandi dan lepak dalam bilik. Pada waktu itu, abang buka video gay dan ajak saya untuk tengok. Dia raba dan pegang saya. Kemudian dia suruh saya buat sama seperti apa yang ada di dalam video.
Disoal mengenai perasaan pada waktu tersebut, Sky berkata dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki di sekolah. Oleh sebab itu, dia menganggap perbuatan abangnya itu sebagai tanda kasih sayang.
Masa first nak main, dia suruh saya pusing belakang. Saya rasa sakit sangat. Tapi saya ikut saja. Tak tahu nak cakap takdir atau punca. Kami buat seks sebulan sekali. Lama-kelamaan jadi kerap pula. Perbuatan kami pun tidak kantoi dengan keluarga sebab kami tidur bilik yang sama.
Sampai suatu masa, kami gaduh teruk. Saya tingkatan lima. Masa itu kami tak buat seks dah. Saya pula cuba untuk mendekati diri dengan perempuan. Tapi naluri saya sudah tiada untuk mereka. Saya lebih cenderung menyukai lelaki.
Sehari tiga empat orang berbeza
Bercerita lebih lanjut, Sky memberitahu dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma. Sewaktu di kolej, dia mempunyai beberapa oranag rakan yang faham mengenai dirinya.
Saya dapat kawan yang sejenis dan faham. Jadi saya kembali aktif. Saya ada teman lelaki dan pada masa yang sama saya curang. Saya main dating apps. Jadi hubungan dengan teman lelaki hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Saya fikir lebih baik saya keluar dengan orang lain.
Disoal macam mana boleh dapat jangkitan Hiv, Sky mengakui bahawa dia sangat aktif melakukan seks ketika zaman belajar. Sehingga satu tahap, dia boleh main dengan empat orang lelaki dalam sehari.
Saya rasa sebab kerap buat seks. Bangun tidur terus nak main. Pernah sampai sehari tiga hingga empat orang yang lain. Sampai masa, saya rasa kencing tak lawas. Saya buat ujian darah dan jumpa doktor. Masa itu baru saya tahu ada Hiv. Saya jadi kecewa dan sedih. Ubat pula hari-hari kena makan.
Beberapa bulan selepas disahkan menghidap Hiv, Sky berkata nafsu dia semakin menjadi-jadi.
Saya rasa macam nak main lagi. Tapi kali ini saya tak bagitahu orang yang saya ada Hiv. Saya fikir nafsu saya sahaja. Saya tak berasa kasihan terhadap mereka. Sebab masa saya kena pun saya rasa teranaiya. Sakit hati apa yang berlaku.
Video
Sumber: Bros Gang TV