Gambar sekadar hiasan
Angkara dendam, seorang penganggur diserang dan dikelar dengan pisau pemotong buah oleh dua orang lelaki di Apartment Danau Pandan 1, Jalan Perdana Ampang Jaya pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Sering Dibandingkan Dengan Bekas Isteri, Wanita Tikam Suami 2 Kali
Artikel Berkaitan: Mayat Rakan Serumah Dijumpai Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri
Dendam lama
Memetik laporan Berita Harian, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dua orang suspek itu sedang menaiki motosikal sebelum salah seorang turun lalu mengelar tangan mangsa.
Seorang lagi suspek kemudian bertindak mengambil dompet dan telefon bimbit mangsa jenis Vivo sebelum kedua-duanya melarikan diri.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan setelah mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri.
Difahamkan kedua-dua suspek adalah saudara kepada teman wanita mangsa yang menyimpan dendam terhadap mangsa kerana sering memukul teman wanitanya itu.
Wanita tersebut mengadu kepada suspek dan ia menjadi motif kejadian.
Susulan itu, pihak polis berjaya memberkas kesemua suspek yang merupakan penganggur, buruh binaan, penjaga parkir dan wanita tersebut juga didapati positif dadah.
Hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan tiga lelaki termasuk kedua-dua suspek utama berusia antara 29 hingga 40 tahun di Flat Sun Peng, Jalan Hang Tuah, ibu negara, awal pagi tadi (kelmarin).
Dalam serbuan sama, polis turut menemui telefon bimbit mangsa serta pisau yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
Polis juga turut menahan seorang wanita berusia 19 tahun di lokasi sama dipercayai teman wanita mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan mendatangkan kecederaan. Suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber: Berita Harian