Seorang wanita yang berasal dari wilayah Chon Buri, Thailand didakwa melakukan keganasan terhadap suaminya akibat sering kali dibandingkan dengan bekas isteri.
Artikel Berkaitan: Wanita Komplot Dengan Kekasih Bunuh & Tanam Mayat Suami, Guna Garam Untuk Hapuskan Bukti
Artikel Berkaitan: Suami Tikam Isteri Berkali-Kali Sampai Mati Di Gerai Sayur
Artikel Berkaitan: Berang Isteri Minta Cerai, Suami Tetak Isteri & Anak Dengan Sabit Sebelum Tikam Diri Sendiri
Bekas isteri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan The Thaiger, suspek, Tik, bertindak menikam suaminya, Samart Kengparn ketika mangsa bermain dengan anjing peliharaan mereka. Difahamkan, motif tindakannya itu kerana si mangsa yang tidak pernah puas dengan segala yang dilakukan suspek.
Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9:00 malam.
Mangsa dibawa ke Hospital Chon Buri untuk menerima rawatan kerana kesan tikaman pada lengan dan bahu kanannya.
Tikam dan bakar kereta
Sekadar gambar hiasan
Apabila mangsa cuba mendapatkan bantuan, suspek segera membakar trak pikap Nissan Navara milik suaminya.
Saya dan dia (suami) sudah lama bersama. Dia tidak pernah puas hati dengan apa sahaja yang saya lakukan. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.
Saya marah dan tikamnya sebanyak dua kali. Apabila dia cuba melarikan diri, saya bakar keretanya.
Walau bagaimanapun, pihak polis meneruskan perbincangan bersama pasangan suami isteri tersebut bagi tindakan undang-undang.
Sumber: The Thaiger