berita

Demi Ingin Sambut Hari Lahir Bersama Teman Wanita..

November 1st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Seorang lelaki dipenjara lapan bulan gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap. Itu yang berlaku kepada pemasang jubin, Pang Hung Boon, 37, apabila memberi alasan lari dari lokap kerana ingin menyambut ulang tahun kelahiran bersama teman wanitanya pada 27 Oktober lalu. Baca untuk berita selanjutnya.

Lari sebab ingin sambut hari lahir bersama teman wanita

Sumber foto: Berita Harian

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibicarakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain. Dengan itu, majistret telah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Oktober lepas.

Mohd Hairol menjatuhkan hukuman penjara ke atast tertuduh atas sebab melarikan diri kerana mahu meraikan ulang tahun kelahirannya bersama teman wanita adalah tidak munasabah serta mencacatkan motif tertuduh ditahan.

Pang Hung Boon didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada lokap Balai Polis Taiping di sini, kerana ditahan secara sah bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), kira-kira jam 7.32 malam, 27 Oktober lalu.

Sumber: Twitter Bernama.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×