berita

Lelaki Ditahan Bunuh Janda Sebab Tak Puas Dengan ‘Layanan’ Diberi

January 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kisah pembunuhan seorang wanita dikenali sebagai Yuliana, di Indonesia mendapat perhatian media. Insiden tragis ini bermula apabila seorang lelaki dikenali sebagai Agus Saputra yang didakwa telah membunuh wanita itu.

Kejadian bunuh itu berlaku di sebuah hotel Rio Palembang, dan suspek sudah berjaya ditahan oleh pihak polis hasil bukti rakaman litar tertutup (CCTV).

Suspek ditahan

Foto: Tribun News

Insiden itu bermula apabila, Agus pergi ke hotel tersebut dengan alasan mahu ‘melanggan’ servis yang disediakan oleh Yuliana. Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana isterinya ketika itu sedang datang bulan,susulan daripada itu dia mengambil inisiatif lain dengan mendapatkan khidmat pelacur bagi melepaskan nafsunya.

Aku langsung mengikat tangan, kaki korban pakai baju yang ada di kasur itu. Mulut korban juga aku bekap. Ternyata, setelah aku bekap, korban ini tidak bergerak lagi.

Lapor Tribun News, suspek membunuh mangsa dengan cara mengikat tangannya terlebih dahulu, sebelum mulutnya ditutup menggunakan bantal yang terdapat dalam bilik itu. Jelas suspek, pada awalnya di sama sekali tidak mempunyai niat untuk membunuh Yuliana. Namun, disebabkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan dia bertindak secara luar kawalan sebelum mangsa meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, suspek marah berikutan mangsa memendekkan tempoh masa temu janji yang telah ditetapkan. Lagi malang, apabila mangsa telah dikurung selama tiga jam.

Wajah mangsa

Foto: Tribun News

Tidak berakhir di situ, suspek dipercayai tidak ‘puas’ dengan hubungan kelamin yang dilakukan dan meminta untuk melakukannya semula. Namun, mangsa ketika menolak pelawaan suspek sebelum insiden pembunuhan itu terjadi. Cemas dengan apa yang telah terjadi, suspek bertindak meninggalkan wanita itu secara bersendirian sebelum pulang ke rumah.

Pada mulanya, dia tidak menyangka mangsa akan meninggal dunia, dan menyangkakan wanita itu hanya pengsan sahaja. Berita tentang kematian wanita itu hanya diketahui oleh suspek susulan media melaporkan tentang insiden tersebut.

Dilakukan ketika isteri datang bulan

Foto: Tribun News

Ketika disoal siasat, suspek menceritakan dia melanggan wanita tersebut berikutan isterinya yang sedang datang bulan.

Istri saya sedang datang bulan dua hari, kemudian timbul niat saya untuk mencari wanita di aplikasi dan bertemu lalu berkenalan dengan korban.

Malahan, ketika kejadian suspek cuba untuk tawar menawar dengan menambah tempoh hubungan kelamin itu. Mereka berdua telah melakukan hubungan kelamin selama 2o minit, namun suspek tidak berpuas hati dan mahu melanjutkan masa itu.

Saya emosi padahal waktunya masih ada, lalu saya tutup mulutnya menggunakan bantal dan melihat korban tidak sadarkan diri, saya langsung melarikan diri sambil membawa handphone korban.

Pada masa yang sama, suspek telah menyesal dengan apa yang terjadi dan meminta maaf kepada keluarga mangsa. Lagi mengerikan, apabila suspek menceritakan dia sering dihantui dengan jelmaan wanita itu menerusi mimpinya.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×