Sepasang pengantin terpaksa bernikah di balai polis selepas lelaki ditangkap kerana mencuri sebuah motosikal.
Artikel Berkaitan: Lelaki Ditangkap Sebab Mencuri, Selamba Berak Dalam Kereta Polis
Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Ditangkap Khalwat Di Kawasan Kubur, Teman Lelaki Segan Tak Sempat Pakai Seluar
Kahwin di balai
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Kompas, suspek cuba mencuri motosikal tersebut pada awal pagi, namun cubaannya gagal setelah mangsa terjaga daripada tidur dan menangkap suspek.
Walau bagaimanapun, suspek tidak sempat untuk melarikan diri dan dia dibelasah penduduk sehingga mukanya bengkak, manakala seorang rakan subahatnya sempat menyelamatkan diri.
Pada Rabu lalu, keluarga dan saudara mara suspek pergi ke balai polis untuk memaklumkan bahawa suspek akan berkahwin.
Ketua Polis, Made Patera Negara berkata, keluarga dan bakal isteri suspek meminta pihak polis untuk membenarkan suspek bernikah mengikut perancangan asal.
Selepas mendapat persetujuan, pasangan itu selamat dinikahkan di balai polis dengan kedua-duanya memakai pakaian pengantin berwarna kelabu.
Sementara itu, suspek mengakui menyesal dengan perbuatan itu kerana telah menyebabkan isteri dan keluarganya malu.
Suspek juga turut mendedahkan bahawa dia melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak untuk mendapatkan wang dengan cepat.
Saya mencuri motosikal untuk membayar mas kahwin seperti cincin.
Sumber: Kompas