Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Kaherah, Mesir bertindak di luar kawalan dengan membakar rumah bekas isterinya. Lelaki berkenaan dikatakan cemburu dan mahu membalas dendam berikutan bekas isterinya yang mahu berkahwin dengan lelaki lain sebelum bertindak sedemikian rupa sehari sebelum majlis tersebut bermula.
Bakar rumah bekas isteri sendiri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Gulf News, suspek bagaimanapun, telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan mengaku akan kesalahan yang dilakukan olehnya. Ujar suspek selain cemburu, dia bertindak sedemikian bagi membalas dendam berikutan tindakan mangsa yang meninggalkannya lima tahun yang lepas.
Mengulas lebih lanjut, bekas isterinya yang juga merupakan sepupunya dipercayai meminta cerai melalui anak perempuan mereka selepas berlaku perselisihan faham dalam kedua-dua keluarga berkenaan. Namun, pada hari kejadian empat orang dilaporkan cedera berikutan pertengkaran yang berlaku di kampung Abu Tesht, utara negeri Qena.
Suspek kemudiannya dilaporkan bertindak ke apartment baharu bekas isterinya lalu membakarnya. Kini, suspek telah pun ditahan dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut.
Sumber: Gulf News