Baru-baru ini, isu keutamaan penggunaan lif di pusat membeli belah menjadi topik hangat apabila seorang individu tidak berpuas hati kerana memberi kelebihan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu mengandung dan ibu bapa yang bawa anak kecil.
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Selar Individu Tak Puas Hati Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif – ‘Jangan Meludah Ke Langit Adik’
Tak ada siapa paksa buat anak
Gambar sekadar hiasan
Tidak habis di situ apabila satu hantaran yang dibuat seorang pemuda meraih perhatian orang ramai. Bagi pendapat lelaki itu, anak adalah pilihan ibu bapa jadi golongan itu tidak perlu diberi keutamaan terutama dalam lif.
Lelaki itu juga membandingkan penggunaan ‘stroller’ dengan kerusi roda bagi golongan OKU.
Sekarang isu stroller pula. Benda macam ini, ada anak pilihan dan tak ada siapa paksa buat anak. Jadi buat apa perlu beri keutamaan dengan golongan stroller dan ibu mengandung.
Siapa cepat dia la yang naik lif. Kecuali golongan disabled (OKU) la sebab benda itu bukan minta jadi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam dengan sikap pentingkan diri serta tidak mempunyai ‘common sense.’
Sebelum ini, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati berhubung pengalamannya dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi masuk ke dalam lif.
Katanya, pusat beli-belah yang dikunjunginya terutama pada hujung minggu sentiasa dipenuhi dengan ibu bapa yang membawa stroller bayi.
Individu terbabit seakan tidak berpuas hati apabila mendakwa golongan yang diberi keutamaan ini meminta orang lain untuk keluar dari lif.
Sumber: Facebook