berita

Lelaki Halau Teman Wanita Ada Tabiat Pelik Suka ‘Try’ Makanan Orang Lain

August 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki yang sudah tidak tahan dengan perangai teman wanitanya yang suka ‘mencuit’ makanan, bertindak meninggalkan wanita itu dan menghalaunya keluar dari rumah.

Wajib cuit setiap makanan

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Mirror UK, lelaki berkenaan yang berumur 22 tahun, baru kali pertama bercinta dan hubungan bersama teman wanita 25 tahun itu belum mencecah 1 tahun lagi.

Tiga bulan lepas, wanita berkenaan dijemput untuk tinggal bersama dengan teman lelakinya dan pada awalnya, semuanya kelihatan biasa buat lelaki berkenaan.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut mula perasan yang teman wanitanya itu mempunyai tabiat mencuit makanan miliknya yang dia anggap merimaskan.

Biarpun dalam restoran mahal, dia akan mengambil gigitan yang pertama pada stik, ikan dan kek saya.

Apa-apa sahaja, gigitan pertama itu dia yang punya. Baginya, ianya comel, dan tidak merimaskan.

Difahamkan, wanita tersebut dibenarkan untuk tinggal dengan teman lelakinya atas alasan lokasi rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja.

Namun, lelaki tersebut meletakkan syarat bahawa dia perlu menghentikan tabiat tidak sopan itu, yang hanya bertahan untuk bulan yang pertama.

Bayangkan… kek yang dipotong lapan juga dia akan cubit setiap potongan.

Sampai kunci peti ais

Gambar sekadar hiasan

Ekoran itu, lelaki berkenaan membuat keputusan untuk membeli kotak berkunci yang diletakkan di dalam peti ais, namun hanya berfungsi untuk jangka masa yang singkat.

Saya beli kotak berkunci, dan dia naik angin. Kemudian, dia bertindak merosakkan kunci, dan menggigit semua makanan saya termasuk dua keping roti.

Saya arahkan dia kemas barang, dan keluar dari rumah. Dia panggil saya lelaki jahat kerana menjadikan dia seorang gelandangan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×