berita

Lelaki Ini Cekik & Bakar Mayat Teman Wanita Selama 3 Hari Gara-Gara Diminta Bayar Hutang

August 23rd, 2019 | by Shira
Kini Trending

Seorang lelaki yang berasal dari Singapura, Leslie Khoo Kwee Hock dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana membunuh dan membakar mayat teman wanitanya, Cui Yajie selama tiga hari.

Menerusi Straits Times Singapore, suspek mengaku telah mencekik mangsa dalam kereta BMW miliknya. Kemudian membakar mayat tersebut selama beberapa hari hingga tidak meninggalkan apa-apa kesan kecuali gumpalan rambut, cebisan pakaian yang separuh terbakar dan tali pakaian dalam mangsa.

Dicekik sebelum dibakar selama 3 hari

Kejadian itu berpunca dari pertengkaran yang berlaku antara mereka selepas Cui dikatakan telah meminta Khoo untuk membayar hutangnya yang berjumlah SG$20, 000 (RM60 354). Menurut dokumen mahkamah, Khoo mengambil Cui di stesen MRT di Joo Kon dengan alasan ingin bertemu dengan penyelianya tetapi suspek terus membawa Cui ke satu kawasan sunyi sebelum mencekik mangsa hingga mati.

Apa yang lebih kejam apabila Khoo menutup mayat mangsa menggunakan beg pakaian dan meninggalkan mayat itu semalaman di dalam kereta yang di parking di kondominiumnya. Kemudian, suspek membawa mayat mangsa ke kawasan yang sunyi sebelum mayat itu dibakar selama tiga hari.

Pembunuhan tanpa mayat

Khoo yang telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki itu menjalinkan hubungan dengan Cui, seorang warga China pada tahun 2015.

Kejadian yang berlaku pada 12 Julai 2016 ini merupakan kes kedua dalam undang-undang sejarah Singapura di mana seseorang telah disabitkan dengan kes pembunuhan tanpa mayat. Kes yang pertama ialah pemandu Grand Prix Singapura, Sunny Ang dijatuhi hukuman penjara pada tahun 1965 kerana telah membunuh teman wanitanya di laut dan mengambil polisi insuran milik mangsa.

Sumber: Straits Times Singapore, Harian Metro

SKIP THIS AD ×