berita

Lelaki Ini Dipenjara Kerana Menconteng Kata-Kata Kesat Di Masjid.. Tak Lama Selepas Itu, Ini Yang Terjadi..

September 6th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sifat perkauman bukan lah sesuatu isu yang baru, perkara itu terjadi di seluruh dunia dan tidak kenal mengenal bangsa serta agama. Sebagai contoh, pandangan masyarakat dari negara barat seperti Amerika Syarikat terhadap agama Islam.

Kebanyakan dari mereka menganggap Islam sebagai agama yang ‘ganas’ dan ada juga diantara kumpulan anti-islam yang sanggup merosakkan masjid. Seperti lelaki ini, dia serta dua orang rakannya bertindak menconteng dikawasan masjid di Amerika Syarikat. Disebabkan kesalahannya itu, dia dipenjara. Apa yang terjadi tak lama selepas itu..

Beri imej baik, dapat pujian dari Non-Muslim seluruh dunia

Lelaki bernama Abraham Davis dan dua orang rakannya telah melakukan vandalisma di perkarangan masjid Al Salam, di Amerika Syarikat pada tahun 2016. Selepas dipenjara, Abraham telah menulis surat tanda minta maaf terhadap kesalahan yang dilakukannya. Surat itu telah dibaca oleh Presiden Masjid Al Salam, Dr. Louay Nassri dan menganggap permohonan maaf Abraham sangat ikhlas.

Oleh itu, dia bersama komuniti di masjid itu ambil keputusan untuk membayar denda sebanyak 1,500 USD untuk melepaskan Abraham daripada penjara. Abraham rasa sangat bersalah dan menyesal dengan perbuatannya dua tahun lalu.

Ini antara komen orang ramai;

Sumber: Facebook NowThis

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×