berita

Lelaki Ini Terpaksa Menanggung Beban RM116k Kerana Kereta

September 14th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

BArdRahman

Orang selalu pesan kalau nak beli sesuatu barang itu, biarlah ambil barangan original berbanding dengan tiruan mahupun yang terpakai.

Ada kemungkinan jadi macam lelaki ini, dia membeli sebuah kereta terpakai yang pada awalnya mempunyai rekod bersih namun tiba-tiba dia di datangi dengan dugaan besar akibat membeli kereta tersebut.

Namanya disenarai hitam tanpa sebab, dan apa yang lebih kesian lagi, lelaki ini sudah cuba macam-macam cara untuk memulihkan semula rekodnya namun pihak berkuasa seolah-olah ‘lepas tangan’.

Kasihan juga kami rasa dengan nasib yang menimpa pada lelaki ini.

Proses Pembelian, Pegawai JPJ mengatakan kereta tersebut telah memasuki ke semenanjung dan segala cukai telah dibayar

12003370_993735197313211_5797561114360612276_n

Pada tarikh 21 Oct 2011 saya telah membeli sebuah kenderaan mitsubitshi grandis bernombor pendaftaran WVX9409 di sebuah kedai kereta terpakai yang bernama Sanyu Auto Sdn Bhd beralamat Lot317, Bt 12 3/4, Jln Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan harga RM144,000.00. Pihak kedai menguruskan pinjaman saya dengan Public Bank Berhad sebanyak RM134,000.00.
Kereta tersebut berasal dr Langkawi dan telah masuk ke semananjung. Pihak kedai telah mengemukakan dokumen cukai tersebut kepada saya tetapi utk kepastian sy telah membuat semakan di JPJ Bangi akan kesahihan kereta ini sebelom membeli. Pegawai JPJ yg bertugas ketika itu mnyemak didlm sistem komputer dan mengatakan kereta tersebut telah memasuki ke semenanjung dan segala cukai telah dibayar. Oleh yg demikian sy yakin dan membeli nya dan mngunakan selama 2 tahun.

Namun, Pihak Kastam Diraja Malaysia menyita kenderaan saya dan mengatakan tidak membayar cukai kerana terdapat pemalsuan dokumen

Sita

Namun pada 21 Oct 2013 pihak Kastam Diraja Malaysia telah menyita kenderaan saya dan mengikut pegawai Pn Ewa Bt Mohd Yussoff mengatakan bhwa kenderaan sy disyaki tidak membayar cukai kerana terdapat pemalsuan dokumen K1 oleh pihak yg tidak bertanggunjawab.
Oleh yang demikian saya terpaksa menyerahkan kenderaan saya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Public Bank Berhad. Menjadi persoalan bagaimana dokumen palsu seperti ini mudah melepasi Kastam Diraja Malaysia sehingga pihak JPJ boleh mengatakan bahawa segala cukai telah diselesaikan dan seterusnya pihak bank boleh diperdaya dengan maklumat2 ini atau mungkin terdapat org dalam yg bersekongkol dengan sindiket tersebut.
Sehingga kini kes saya masih di dalam siasatan pihak JKDM Putrajaya dan sy telah berjumpa dengan Pegawai yg bertugas iaitu Tuan Wong selaku Ketua Bahagian Pencegah & Penilaian, beliau memaklumkan tiada apa yang boleh dibantu dan hanya meminta saya membuat bayaran sedangkan mereka mereka tahu terdapat sindiket yang melakukan kerja terkutuk itu. Namun pengguna mcm sy yg akhirnya dipersalah dan dibebani dengan cukai sebanyak RM 116k dan hutang pinjaman yg perlu dibayar.

Nama saya telah disenarai hitamkan di dalam laporan kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

blacklist

Sejak dari tarikh penyitaan kereta tersebut, saya telah menangguhkan bayaran pembiayaan kereta tersebut bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung masalah ini.Namun pihak bank tidak dapat mempertimbangkan perkara ini sehingga menyebabkan nama saya telah disenarai hitamkan di dalam laporan kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Sy telah mmbuat aduan kepada pengurus Mr Teo CH Public Bank Taman Maluri namun tiada jawapan penyelesaian. Kemudian sy berurusan pula dgn Ketua Bahagian Kredit Public Bank K Lumpur iaitu Pn Saraswatie namun beliau sekerasnya meminta saya menyelesaikan hutang agar tidak disenaraikan bankrupsi .
Setahu saya juga pihak bank juga perlu memeriksa dan memastikan segala butiran dan dokumen pembelian sebelom meluluskan pinjaman kepada saya.
Selain itu sy juga berurusan melalui website aduan dengan pihak Bank namun mereka menjawab dengan jawapan yg sama dan mmberi amaran untuk menyelesaikan cukai kastam tersebut.

Saya membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan

LaporanPolis

Sehubungan dengan itu saya telah membuat laporan polis akan perkara yg terjadi di Balai Polis Pelabuhan Klang namun tiada tindakan susulan dr pihak bekuasa tersebut. Amat mendukacitakan apabila pihak bekuasa seperti ini tidak menghiraukan kes jenayah komersial seperti ini.

Aduan di KPDNKK tidak dapat membantu dengan alasan diluar kuasa mereka

Aduan KPDNKK

Saya juga telah membuat aduan di KPDNKK putrajaya atas masalah sy ini tapi mereka tidak dpt membantu dengan alasan diluar kuasa mereka sedang kan setahu sy kementerian ini seharusnya membantu pengguna2 yg teraniaya seperti sy.

Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan terlepas dari pihak kastam dan pihak bank?

Screen Shot 2015-09-14 at 01.04.50

Setelah 2tahun kes ini masih belom selesai dan mnjdi masalah kepada saya ini kerana ia menyukarkan saya untuk membuat pinjaman untuk rumah mahupon kereta. Sehingga kini sy terpakse menumpang di rumah ayah sy.Lebih menyedihkan lagi name isteri sya juga terlibat selaku gerentor pinjaman kereta tersebut. Kami tidak mampu lagi membuat ape2 pinjaman dengan mana2 bank. Kami membeli kereta utk keperluan bukan utk ditipu sebegini. Sy mohon kan keadilan sbb sy telah dianiaya oleh pihak2 yg tidak betanggungjawab ini .
Akhir kata dr sy bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan terlepas dr pihak kastam dan pihak bank?

Apa yang saya perlu buat? Siapa yang boleh bantu mohon hubungi saya.

Sekian dr saya yang runsing.

Ahmad Bakhtiar B Abdul Rahman

TOLONG SHARE YE KAWAN2 SUPAYA ORG LAIN TIDAK MENJADI SEPERTI SAYA.
?#?kastamdirajamalaysia??#?polisdirajamalaysia??#?publicbankberhad??#?umno??#?mca??#?NGO??#?KPDNKK??#?AKPK??#?MOF??#?SPRM??#?tv3??#?metro??#?aduanrakyat??#?belanjawan2016??#?beritaharian?
?#?SyXBersalahSyTlhDitipu?

Sumber : Facebook Bard Rahman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×