Setiap pasangan berkahwin sudah tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga. Namun kadang-kadang tidak semua yang dirancang berlaku seperti yang dimahukan. Ada suami isteri yang lambat dikurniakan zuriat sebagai satu ujian dari-Nya.
Seperti kisah yang dikongsi Syahr Musafir di Facebook, rakannya luah rasa cemburu melihat dia dikurniakan empat orang anak sedangkan mereka masih berdua.
Doakan aku, jealous tengok kau ada anak
Tolong doakan aku, aku jealous tengok kau ada anak-anak, padahal kita kahwin sama bulan sama tahun, tapi aku masih berdua, kau dah berenam. Jealous wei, in a positive way la. Bukan jealous yang sihir tu.
Memang benar kami kahwin beza haribulan saja. Dia kahwin 6 hari lebih awal daripada saya, kini berdua dengan isteri tercinta belum dikurniai cahaya mata manakala saya mempunyai 4 orang anak. Saya sensitif bab ni, dan biasanya saya tak jawab apa-apa pun bab ni selain ayat cliche “InsyaAllah, aku doakan.” Tetapi entah kenapa, dengan dia ini saya mahu sembang panjang.
Sembang panjang ye, bukan sembang kencang dan bukan sembang kencing. Tak ada sebab kau nak jealous aku. Kau tahu aku jealous dengan kau kan.. jawab saya, selamba. Jealous apa benda kau kat aku. Aku bukan ada apa pun, jawabnya, lebih selamba.
3 sebab aku jealous dengan kau
Pertama, orang yang suka travelling macam kau ni memang Allah beri peluang travel dengan isteri lama-lama dan banyak-banyak sikit. Sesuailah perancangan Allah, Dia bagi kau pergi situ sini ikut kemahuan kau terlebih dulu. Kau tengok aku, mana ada pergi travel banyak. Sikit-sikit je, tu pun atas faktor kerjaya, keluarga dan seumpamanya. Kalau nak pergi saja-saja atau holiday, kena fikir 10 kali baru boleh pergi. Susah tau nak travel dengan 4 orang anak yang masih kecil ni.
Dengan bekalan lampinnya termasuklah wet tissues, baju spare, set nak buat susu guna air panas dan sebagainya, kena consider masa dan tempat untuk anak-anak main, berlari dan sebagainya sepanjang perjalanan, you cannot expect perjalanan 5 jam akan jadi betul-betul 5 jam kalau travel dengan anak-anak kecil, tu belum cerita pasal kos lagi, tiket penerbangan tu kena fikir, bilik nak kena ada katil tambahan, bla bla bla. Elok dan molek kau yang kaki travel ni Allah susun sebegini.
Fokus kerjaya
Kedua, walaupun belum ada anak kau tak adalah stress sangat, dikelilingi keluarga dan orang positif yang baik-baik pun satu nikmat besar. Disebabkan inilah kau boleh fokus kerjaya dan seumpamanya. Kau boleh develop kerjaya, fokus betul-betul, banyak beza nak compare dengan aku ni. Nak kerja overtime pun fikir nak luang masa dengan anak-anak. Kalau cuti memang aku tak fikir pasal kerja dah sebab nak urus keluarga. Nak aktif di media sosial pun kena fikir banyak kali sebab kekangan nak luang masa berkualiti dengan anak-anak. Kau boleh buat semua ini tanpa fikir hal lain sangat.
Boleh kerja kuat-kuat, simpan duit, bina jawatan dan reputasi hebat. Nanti tiba masa dapat anak, semuanya sudah tersedia. Kau relax je. Duit pun dah ada. Macam aku sekarang ni, ada jemputan ceramah di luar pun aku tak pergi walaupun ada bayaran yang tinggi kerana fikirkan urusan di rumah, nak kena urus anak sekolah, nak spend masa dengan anak-anak, bla bla bla. Kau pun tahu kan. Jadi masa yang ada memang sesuai untuk kau develop kemampuan diri. Lagi pula orang sekeliling pun baik-baik walaupun tidaklah baik gilerrr. Sekurang-kurangnya positif.
Aku tak couple sebelum nikah
Ketiga, aku nak sebut pasal hubungan suami isteri. Aku tak couple sebelum nikah, jadi cinta kami berputik selepas ijab kabul. Lepas nikah barulah nak berkenalan sesama suami isteri. Kemudian dapat anak, proses perkenalan masih berjalan. Cumanya bercinta dalam keadaan sudah punya anak tidaklah semudah yang disangka.
Kalau bercinta berdua, lain situasinya. Kau pun sama macam aku tetapi prosesnya tak sama. Kau jaga dia, dia jaga kau. Pasangan yang ada anak ni nak kena jaga anak lagi. Usia ibu bapa muda ni memang banyak tak tahu daripada tahu. Proses nak berkenalan dengan pasangan dan nak bercinta bagai tidaklah terencat atau terhenti tetapi cabarannya berbeza. Kau ingat senang ke nak pujuk isteri merajuk dalam keadaan ada anak kecil yang merengek nak susu atau nak kena basuh berak? Hehehe…. Lebih kurang macam ni la, sebagai contoh, supaya kau boleh bayangkan. Fuhhhh, panjang aku cerita..macam ceramah dah ni,” ulas saya panjang, selamba saja.”Tiga je?” usik rakan baik saya ini.
Mengerutkan dahi, saya balas dengan jawapan, “Amboiiii. 3 ni pun mujur ada. Kau ingat mudah nak susun ayat nak cerita 3 poin ni? Susah tau. Dah la free tak berbayar… Heheh.”Ok, Ok,” jawabnya, ketawa.
Kau dah berusaha
Bukan apa, kau dah berusaha tetapi Allah belum beri zuriat. Jadi tak apa. Aku tahu mudah untuk aku cakap tetapi lebih susah bagi kau yang merasai dan menghadapi. Tapi apa aku cakap ni ikhlas untuk kau terus semangat teruskan kehidupan. Kau dah usahakan dan doa, tetapi Allah belum bagi, bukan salah kau, bukan salah isteri kau. Dan bukan salah aku juga tau. Heheh,” jawab saya.
Masih menyambung, “Kau pun tahu aku dulu belum kerja belum berduit dah dapat anak. Kau ingat mudah nak urus? Masa tu kau seronok travel bawa isteri makan angin keliling Australia, aku dok kerah keringat jual burger di surau universiti untuk cari nafkah. Tak punya anak adalah ujian, sudah punya anak pun ujian juga. Ujian berbeza bagi orang yang berbeza saja. Kalau semua orang hadapi ujian sama, bosanlah wei..” panjang pula celoteh saya. Dia mengangguk-angguk. Entah setuju atau tak dengan apa saya kata. Mungkin tak setuju tetapi angguk saja.
Bab anak ini bab sensitif
Bab anak ni bab sensitif. Sangatlah sedikit pasangan yang bernikah yang tak mahukan anak. Hampir semua pasangan mahukan anak tetapi tak semua dikurniakan anak. Jadi perlu berhati-hati apabila berbicara topik ini.
Saya lebih memilih untuk tutup mulut saja. Kecuali dengan orang yang bertanyakan pendapat atau memang super-rapat barulah sembang. Selainnya, I just keep my mouth shut. Kena ingat, tak ada anak itu ujian, ada anak pun ujian juga. Jangan banding-membanding, tak untung apa pun, bahkan bersengketa dan bersangka-sangka yang tak berbaloi untuk dirasa. Sama-samalah kita saling mendoakan.
Sumber: Syahr Musafir