Seorang lelaki dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) mengaku jatuh cinta dengan ibu kandungnya sendiri. Lebih mengejutkan apabila mengetahui ‘pasangan’ ini mengakui telah beberapa melakukan hubungan seks.
Bercinta dengan ibu kandung
Memetik laporan The Mirror, lelaki yang dikenali dengan nama Ben Ford ini merupakan anak kandung Kim West. Hubungan terlarang tersebut terbongkar pada 2016 selepas 30 tahun Ben Ford dijadikan anak angkat oleh orang lain. Menurut sumber, Ford juga telah berusaha mencari keluarga kandungnya dengan menulis surat kepada ibu sebelum mereka (Ford dan Kim) disatukan pada tahun 2014.
Sejak daripada itu, hubungan terlarang antara mereka bermula. Paling tidak disangka-sangka, Ford dan Kim tergamak melakukan hubungan intim beberapa kali meskipun mengetahui status sebenar antara mereka. Lelaki itu kemudian mendedahkan perasaan tersebut kepada isterinya, Victoria.
Setiap kali saya meniduri kamu sejak saya bertemu dia (ibu), saya bayangkan sedang mencium dia (ibu). Jika tidak saya tidak dapat melakukannya.
Bukan itu sahaja, Ford tergamak meninggalkan isterinya semata-mata mahu hidup bahagia bersama ibu kandungnya sendiri. Menurut laporan media tempatan, Ford dan Kim dipaksa bersembunyi oleh undang-undang negeri Michigan. Mereka boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didaftarkan sebagai pesalah seksual seumur hidup.