berita

Lelaki Jual Anak, Guna Duit Pergi Bercuti Bersama Isteri Baru

May 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di China, seorang lelaki dikenali sebagai Xie dipercayai telah menjual anaknya yang berusia dua tahun kepada satu pasangan dengan harga AS$24,400 (kira-kira RM100,467.00). Susulan daripada itu, lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Guna wang untuk pergi bercuti

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada South China Morning Post, bapa kepada kanak-kanak itu didakwa menggunakan wang yang diperolehnya untuk pergi bercuti bersama isteri barunya. Difahamkan dia sebelum ini, telah diberikan hak penjagaan anaknya selepas bercerai namun, dia sama sekali tidak menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini, dia sering bertengkar dengan bekas isterinya sebelum bertindak menjual anak lelakinya yang dikenali sebagai Jiajia sebagai ‘tiket’ untuk melepaskan diri daripada perlu menyara anaknya itu.

Diberikan hak penjagaan

Foto: Sg

Menerusi keputusan yang dibuat selepas bercerai, Xie mempunyai hak penjagaan kepada anak lelakinya manakala, bekas isterinya menjaga anak perempuan mereka. Bagaimanapun, atas tuntutan kerja dia terpaksa berpindah sebelum meninggalkan anak lelakinya kepada saudaranya yang berada di Huzhou.

Bagaimanapun, pada bulan lepas Xie mengambil keputusan untuk membawa anaknya pergi dan sempat memberikan alasan kepada saudaranya yang bekas isterinya mahu berjumpa dengan anaknya itu. Namun, perkara itu sama sekali tidak terjadi dan saudaranya telah membuat laporan polis bagi mengenal pasti apa yang telah terjadi.

Kini, pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah dan anaknya itu sudah dikembalikan kepada saudaranya bagi hak penjagaan.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×