berita

Lelaki Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Dapat Tahu Wanita Itu Sedang Sakit Tenat – ‘Saya Tak Boleh Biar Dia Sendirian’

December 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mothership 

Seorang lelaki dari China dikatakan sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya selepas mengetahui wanita itu sedang sakit tenat. Kisah tersebut telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kahwin semula dengan bekas isteri

Foto: Mothership

Memetik laporan Mothership, Chen Zhenfeng dan isterinya, Xie Hongxia telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Namun pada tahun 2019, pasangan ini membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Selepas bercerai, Xie mendapati dirinya menghidap penyakit uremia iaitu buah pinggang sudah berhenti berfungsi.

Selepas mengetahui keadaan kesihatan Xie, Chen membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas isterinya. Malah, Chen juga sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Xie supaya wanita itu kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan yang normal.

Wanita sangat lembut dan lemah, jadi saya tidak mahu membiarkan isteri saya bersendirian tanpa sokongan.

Tidak terhenti di situ, Chen yang juga merupakan bekas anggota tentera itu dikatakan sanggup menjual rumahnya semata-mata mahu menampung kos perubatan isterinya. Difahamkan, kos rawatan dialisis tersebut menelan hampir RM4,000 sebulan. Chen mengakui duit gaji yang diterimanya pada setiap bulan tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan mereka.

Menurut sumber, beberapa veteran tentera dan orang ramai dilaporkan telah menderma kira-kira RM13,276 kepada keluarga Chen untuk membantu dia membiayai kos rawatan Xie.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×